MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 8 Disember 2016

Bila Adli ke MAHA

Assalammualaikum semua.

Sebenarnya banyak cerita yang nak diceritakan. Tapi masa yang sangat-sangat mencemburui lea. Hahaha. Nipun curi2 menaip masa Adli dah tidur. Kalau tak memang dia tolong menaip sekali.

Oklah. Lea nak cerita pasal pergi MAHA ahad lepas. Ahad tu memang panas sangat-sangat. Dengan berjalan kakinya, turun bukit naik bukit memang rasa nak pengsan dah. Nasib baik semangat tu kuat. Memang ada tram kat MAHA tu tapi ianya tak lalu semua kawasan. Setiap tram ada laluannya tersendiri. Tu yang kadang-kadang lost tu. Lastnya ambik pendekatan kita jalan kaki. Hahaha. Nasib baik Adli ok je nak jalan kaki hari tu. Kalau tak mau nak berdukung je dia. Tak larat dah nak dukung dia. Hahaha

Adu satu cerita lucu. Bila pergi kat Laman Jentera kot kuarlah satu robot ni. Minta maaflah lea tak tahu nama robot ni. Adli punyalah suka, ke sana sini dia mengejar robot tu.Bila ambik gambar rupanya Adli dengan family sapa-sapa ntah dia menyelit. Bila tengok gambar lea gelak sorang. Macam-macam dak Adli ni. Oklah.Kita layan gambar.


Satu tabiat Adli ni tak suka kena panas. Dia sanggup berjalan belakang orang asalkan dia tak kena panas. Pernah disatu ketika masuk dalam baju abah. Bila ditanya tak tahan panas katanya.




Seronok bila dapat naik traktor. Dah macam nak ke ladang sawit dah kami

Di pavilion Sarawak tanah kelairan umie dan Adli

Tempat lahirnya abah

Keluarga kecik kami

Ha...nilah gambar yang lea ceritakan 
Orang belakang tengah selfie

Nasib baik kat Ila n ibu ada sekali

Mesti lelaki baju belang tu cakap dalam hati, siapalah budak kecik ni. sibuk je... hahahaha

Apa motif pegang kaki orang tu Adli.







6 ulasan:

  1. Adli ni mudah berkawan Lea:)
    Senang nak masuk di mana pun ngam belaka

    BalasPadam
  2. Seronoknya Adli...

    Kakcik rasa tak larat hendak ke MAHA tu...dengan kaki yang terpaksa diheret bila berjalan, memang tak terdaya la... :)

    BalasPadam
  3. aunt nieyl x pegi lagi maha...
    rasanya adli igt kaki robot kot..hihihi...tersalah pegang tu... :)

    BalasPadam
  4. best klau dapat join g MAHA...
    SALAM BW.... FOLLOWER #511
    http://deariescouple.blogspot.my/

    BalasPadam
  5. seronok nya adli... jeles tau acik tak sampai maha lg...

    ni bile nih lea... mcm tak ramai org je/...
    kelakar btl tgk gambar last tu, adli dok pegang kaki bdk pmpuan tu hehehe

    BalasPadam
  6. part adli masuk dlm baju abah dia sbb tak tahan panas tu mmg kelakar...hahaha...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.