MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 31 Oktober 2016

Train to BUSAN versi Adli

Assalammualaikum semua.

Ni cerita petang sabtu lepas. Bila dah tak tahu pergi mana, jadinya tersinggah kat Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong. Tersinggah tu…hahahaha. Adli bila tengok je stesen t uterus tanya ‘kita nak keretapi ke bah:’ Bila abah jawab ya terus melompat keriangan. Ni kali kedua dia naik. Sebelum ni naik semasa pergi ke sambutan hari merdeka di Dataran Merdeka tahun lepas.
Tengoklah anak bujang lea ni. Macam-macam gaya ada. Suka sangatlah tu.


Bersama ayah tersayang.Bila dia dah balik Kuching rasa sunyi pulak kat rumah 
Ayah suruh ambik gambar. Dia nak bergambar dengan Lee Chong Wei
Tengah study laluan LRT. Maklumlah kita ni setahun sekali payah nak naik train. Macam mana nak ke Korea ni. Hahaha
Last-last tanya kaunter. Nak guna laluan mana.

Dua hero tengah menunggu. Menunggu apa tu?

Lama betul train ni nak sampai


3 hero kesayangan teman
Baru nak bergambar dengan umie

Amboi atok....

Kami naik dari Taman Perindustrian Puchong ke Bandaraya kat area SOGO. Tak masuk SOGO pun. Bila dah di hari Sabtu dan dimalam minggu jalan-jalan jugaklah kat Pasar Malam Jalan TAR. Jalan pun banyak ikut shortcut. Ramai sangat orang.


Ditengah jalan suami ajak makan roti nan yang sedap tu. Nan cheese tu. Harus diorder bersama keema. Syok betul bila dapat makan nan cheese tu. Bila perut sudah kenyang hati manyak senang. Mata pun dah nak pejam. Hahaha. Lepas makan kami berjalan ke area Masjid Jamek sebab nak naik train kat Stesen Masjid Jamek untuk balik ke Puchong. Pergi duduk dalam train dekat sejam. Jalan-jalan KL tak sampai sejam lepas tu nak balik. Hahaha.Itulah cara berjalan kami bila tak tahu arah nak dituju. Yang penting Adli dan atok seronok naik train.
Makcik kat Kuching kirimkan dessert India ni. Rasa juga sikit. Adui...manisnya...
Dalam train adalah budak perempuan cina sebaya Adli. Seronok Adli ada kawan nak main dalam train tu. Dah takde orang dalam train, jadinya train itu kami yang punya. Hahaha. Bila budak perempuan tu turun dekat Stesen IOI Mall Puchong Adli punya lambai tangan tu sampai budka perempuan tu hilang dari pandangan. Hahahaha. Amboi kamu Adli…. 

 Yang lea bulat tu harus ada dekat kereta juga. Dalam panggung wayang, dalam bas, dalam kapal terbang pun ada tau.
Amboi kamu Adli......
Oklah. Ada masa ada ketika nanti kita naik train lagi ye Adli.


Esoknya Atok nak balik Kuching dah. Tu nanti kita masuk entry lain.

5 ulasan:

  1. amboi...adli...naik train ya...
    ala...aunt nieyl pun x reti bab-bab naik train ni...
    kalau nak naik kena ajak org teman..hihihi

    BalasPadam
  2. hehehe ingat ada versi yg adli nngis2 tuh... itu episod lain rupenya...

    seronok lah bdk baya2 adli ke aiyan kalu dpt naik train ni kan... pastu sume bende depa nk tanya apa benda tuh

    BalasPadam
  3. OKlah tu berbaloi sesekali atok dtg dpt pergi banyak tempat Lea/suami/Adli bawa dia
    Ada ucapan terima kasih yg dia tak ucapkan sebenarnya Lea itu yg sgt susah kita dpt. Syukurlah..

    BalasPadam
  4. mesti adli hepi sgt2 dpt naik train..jalan2 mkn sedap...amboii lea makan ati i you dah rase nan cheese sedap tuuuu...cheese berkilo2 gituu kan....dari dulu lieya nak try tapi dpt2....

    hahaahahah takpe lea...gi korea amik tourist guide....senang...tapi so far mcm lieya pi tak le susah pun...tapi dieorg ade 6-7 line tau...mmg byk...kite kat sini baru 1...tukar train pun senang lagi....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.