MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 14 Oktober 2016

Suri Hati Mr. Pilot

Assalammualaikum semua.
Korang layan ke cerita ni. Satu lagi cerita adaptasi dari novel.Lea kalau tunggu tu taklah. Kalau tertengok tengok jugaklah. Oklah ceritanya. Biasa-biasa je.



Seperti biasa.
-      Tak suka/Tak cinta
-      Kahwin
-      Jatuh Cinta
-      Ada halangan
-      Happy Ending/Sad Ending
Jalan cerita boleh diagak tapi pengolahannya mungkin lain kot.
Layan pun sebab suka tengok neelofa ni. Lawa tul dia kan.
Sinopsis:-
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang
menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!
“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus
bernikah aje!”
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.