MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 27 Oktober 2016

Steamboat & Grill di MAEPS Bistro


Assalammualaikum semua.

Esok dah khamis kan. (menaip ni dihari rabu malam khamis yang tengah sunyi sepi sebab suami, adli tengah lena dibuai mimpi).Adli sekarang nak kena ajar tidur awal sebab tahun depan dah nak sekolah. Alhamdulillah bila dah tidur awal, jam 5.45 dah boleh sedar sendiri dan yang paling penting tak mengamuk macam dulu-dulu. Sekarang hari-hari lea dihiasi dengan pagi yang sangat tenang. :-)

Ayah lea 30hb ni balik dah. Hampir dua bulan dia dekat sini. Bila sesekali orang tua datang kalau boleh apa yang dia nak akan ditunaikan sebaik mungkin. Kadang-kadang tu nak makan yang special sikit. Minggu lepas tanya ayah nak makan seafood ke, nasi arab ke. steambot/grill ke. Yang dia pilih steambot. Lea tahu ayah lea suka kalau ada sup-sup atau tomyam. Jadi pilihan kami MAEPS Serdang. Untuk steambot macam ni lea tak suka kalau tempatnya tempat tertutup sebab tak lalu dengan asap-asap yang keluar semasa menggrill. MAEPS ni tempat terbuka dan santai je. Kalau nak tempat berhawa dingin ada juga dekat MAEPS ni tapi nanti akan terkepung dengan asap-asap. Bau baju pun bau asap dah. Hahaha.

Kali ni bawa Amir sekali yang kebetulan dah habis dah dekat IKTBN. Sekejap je 3 tahun berlalu. Masa sekarang kan pejam celik pejam celik ahad dah. Bawa Amir ni memang puas hati kalau buffet macam ni. Seronok tengok dia makan. Lea kalau grill macam ni kan mereka takde bagi bahan untuk marinade. Ni lea belajar dari suami. Ambik sedikit kuah rojak gaul dengan ayam/daging yang kita nak grill. Sedap. Ada rasa pedas dan sedikit manis. Sampaikan meja sebelah dok cari dan tanya staf situ mana nak dapat sos untuk marinade sebab meja kami ada. Staf cakap memang takde. Lea yang dengar tersenyum je.

Oklah. Layan sedikit gambar yang ada. Adli pun sibuk jugak. Siap cakap dengan abah Adli pun nak masak-masak juga.





 Balik singgah sekejap kat TESCO nak beli barang dapur. Tengok budak dalam troli. Tak larat nak berjalan katanya. Lagi satu memang suka bagi dia duduk dalam troli sebab kalau biar berjalan sendiri dia akan shopping sendiri. Semua benda dia nak masukkan dalam troli.

6 ulasan:

  1. Singgah pagi khamis...
    Nieyl pernah pergi skali je rasanya itupun time buka puasa dgn kawan²..

    BalasPadam
  2. Kalau boleh sebelum abah balik sana puaskan dulu apa yg dia nak ye Lea
    Adli lepas ini mesti rindu atok.

    BalasPadam
  3. bestnya tang mkn steamboat grill tuh...

    pastu kalu pi lak bwk org yg mmg suke mkn, tak rugi bayar kan...

    kalau aiyan bwk pi supink mmg ddk dlm troli gk, kalu suh jln mmg merata2 lah dia supink

    BalasPadam
  4. sedapnyala steamboat tu...

    ajarkan Hsna jgk cmna nak buat sos tu..mcm sedap je..hihi

    BalasPadam
  5. Eh, dah baca tapi terlupa dah komen ke belum! Itulah kalau buka semua blog serentak. Sampai terlupa!

    Saya rasa belum pernah makan di MAEPS ni. Seronok juga kalau mencuba di sini ya.

    Ni mak mertua saya nak mai dari jauh, memang hari-harilah agaknya si anak bawa Mami jalan-jalan dan makan-makan ^_^

    BalasPadam
  6. sedapnya makan steambot. sos yg nak marinade tu bawa sendiri ke sis? atau ada di sana

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.