MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 11 Oktober 2016

Sehari Adli di Melaka

Assalammualaikum semua.

Lama betul dah tak menulis panjang di dalam blog kesayangan lea ni. Nak meninggalkkan terus  dunia blog ni memang tidaklah rasanya. Lea sayang blog ni sebab kat sini semuanya ada. Dan paling lea sayang detik-detik Adli membesar semua ada dalam ni.

Oklah.

Kita ke cerita sebenar ye. Ini berlaku pada 24.09.2016 yang lalu. Memang nak plan nak sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang di Melaka pada hari tu. Gerak dari rumah jam 6.30 pagi sebab nak pekena nasi lemak ikan bakar pecah telur dekat Merlimau. Alhamdulillah hilang dah keinginan lima tahun lepas nak makan dekat sini. . Kisah 5 tahun lepas ada dekat ini. klik sini





Gigih tau tengok orang ni masak. Dia masak belah luar je. Mula tu segan juga nak ambik gambar tapi sebelum tu ada pakcik tu beria ambik gambar jadinya hati teman pun tak tahan nak ambik gambar sama. Hahahaha



Ok lepas dah kenyang sarapan pagi nun jauh di Melaka kita teruskan perjalanan ke Bandar Hilir. Jam 9 dah panasnya.... Memang panas betul cuaca hari tu.

Adli seronok sangat hari tu.Yelah sekarang dah pandai nak jalan-jalan. Dia dah paham. Dah tahu nama tempat. Tu yang buat umie pun seronok nak bawa dia jalan-jalan. Siap cakap bestlah jalan-jalan kat Melaka umie. Ok.Lepas ni umie kena cari tempat nak bawa Adli jalan-jalan. Ke kita habiskan selatan dulu. Kita ke Johor pulak nak tak Adli? Kalau ke Johor kena bermalamlah kita.













Korang tengok gambar kat atas ni. Gigih tau Adli naik tangga ni. Umie dah semput dah rasa nak pengsan dah. Dengan panasnya. Dah naik atas siap cakap penat. Hehehe. Sian anak umie. Yang best tu beg tak nak lepas langsung.





Dekat shopping mall kat situ adalah program MOSTI tak silap. Sibuklah Adli nak sertai. Sekejap je tu. Elok je duduknya tu.
Masa nak cari tempat makan tengahari hero lea ni tertidur. Penat sangatlah tu. Mana taknya jam 6 dah umie kejutkan . Ke Melaka punya pasal. Hahahaha
Ok. Di sini kita. Restoren Asam Pedas Kak Su. Area mana jangan ditanya. Lea tak ingat. Yang lea ingat perut lea lapar dan lea nak sangat makan daging tetel asam pedas. Auw...yum..yum. Makan pula duduk bersila. Lagilah....Memang tak toleh kiri kanan.


Ok. Licin ok. Ini menunjukkan tahap lapar masing-masing sangat tinggi. Hahahaha. Owner kedai ni bila nak bayar bagi tahu ada nasi tambah satu. Dia cakap takpe. Saya tak kira. Semoga lagi murah rezeki owner kedai ni.

Plan asal nak ke Klebang pekena coconut shake tapi kawan akak ipar ajak pulak ke Batu Berendam ni. Dia belanja pulak tu. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih kak lia sebab belanja. Murah rezeki akak suami isteri. Rasanya...sedap jugaklah dan orang ramai sangat masa kami datang ni. Tengok gambar dekat dinding memang popular juga tempat ni. Ingat dekat klebang je top. Orang Melaka lagi tahu kot.




Ok. kita nak balik dah. Happynya Adli dapat Coconut Shake dengan aiskrim. Memang suka sangatlah tu. Mata Umie pun dah layu sangat dah tu. Tunggu lena je.
Tapi Adli yang lena dulu kat belakang dengan abang Aliff. Siap berpeluk dua sepupu tu sebab takut Adli jatuh ke bawah. 
Ok. Tamatlah catatan sehari kami ke Melaka. Oklah dari tak berjalan kan. Seronok sebab jalan-jalan sambil cari tempat makan ni. ...

3 ulasan:

  1. Betul-betul puas jenjalan sepanjang hari di Melaka ye Adli
    Betullah Lea Adli dah makin besar dah pandai menikmati seronok dan sedap.
    Itu yg suka dan seronok.

    Bila nak sampai Johor agak-agaknya tu?

    BalasPadam
  2. Kalau pegi melaka, asam pedas memang menjadi carian pertama.. :)
    seronok adli berjalan-jalan dekat melaka yaaa...

    BalasPadam
  3. Sayanglah kalau nak berhenti berblogging. Kalau ikutkan kengkangan masa dan mood menulis entri, memanglah ada pasang-surutnya.

    Oh, gambar nasi lemak tu menawan kalbu betullah! Terus terasa-rasa nak capai kunci kereta ambil anak-anak dan pergi ke Melaka. Eh, suami terlupa pulak padahal itu F1 driver saya!

    Bestkan Lea jalan-jalan cari makan macam ni. Saya pun suka. Ada juga plan nak buat begini di Melaka, cumanya kudrat si pemandu tu takut tak tahan nak melayan kerenah isterinya kalau buat day trip macam nih ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.