MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 14 Oktober 2016

Satu kedai gelak disebabkan Adli

Bila tengok gambar ni lea boleh tergelak sendiri.
Tidur ke tu?
Ke betul-betul menikmati saat-saat gunting rambut.
Hahahaha. Dak Adli ni ada je perkara yang dia lakukan boleh buat orang gelak.
Ni gambar minggu lepas. Dekat kedai gunting fav. Adli. Tiap-tiap bulan Adli akan gunting rambut kat sini.

Ok. Ni cerita 2-3 bulan lepas dan masih segar diingatan lea.
Dan pasti korang pun akan tergelak sama rasanya.

Adli masuk ke kedai gunting ni.
Masa ni ada lagi orang tengah gunting rambut dekat abang ni.
Dan ada sorang lagi tengah tunggu giliran. Kiranya adli orang kedualah yang tunggu giliran.
Untuk makluman korang kedai ni ada sorang je tukang gunting. Abang yang dalam gambar nilah.
Dah masuk tu Adli pun duduk.
Tiba-tiba


Pot.....pot.....pot..pot.pot...preeet........
 Kuat pulak bunyi. Bunyi kentut ok.
Rupanya Adli yang keluarkan bunyi dan gas yang tidak menyenangkan.
Adli memang dah buat muka tak bersalah tu. 
Yang lain dalam setengah minit tu diam lagi tiba-tiba masing-masing gelak.
Yang tukang gunting siap cakap 'nak buat macam mana ye dik. Dah tak tahan'.
Yang abang tengah menunggu mula-mula diam dah tu pecah gelaknya.
Yang tengah digunting rambut gelak tak berenti. 
Adli...Dia buat tak tahu dengan muka tak bersalam senyap sambil main tab.
Kalau tak dialah yang mulut bising dengan tak reti duduk diam dalam kedai gunting tu..
Sayang tak ambil gambar sebab telefon umie dah habis bateri.
Sampai sekarang kalau abang tukang gunting rambut tengok Adli mesti dia gelak dulu.
Hahahaha.


2 ulasan:

  1. salam singgah jumaat...
    lah...igtkan apa la tadi...
    adli kentut upernya..hihihi...
    nak buat mcner umi...dah x tahan...hihi

    BalasPadam
  2. hahha agaknya apa la prasaan dia bila dah kuarkan bnyi tu ye..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.