MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 17 Oktober 2016

No outside food allowed ye Adli...

Assalammualaikum semua.

Hujung minggu kalau takde apa-apa agenda suka pusing-pusing dengan kereta bersama suami, Adli dan sekarang ayah lea. Pusing-pusing dekat Cyberjaya tercetuskan idea nak makan dekat Salam Noodle. Lea suka makan dekat sini. Mi Tarik Warisan pun lebih kurang sama dengan Salam Noodle ni tapi lea suka lagi Salam Noodle sebab airnya boleh refil banyak kali. Lagipun lea suka minum teh cina yang tawar-tawar tu.




Bila dengar nak makan dekat situ Adli terus request KFC. Kalau ikutkan dia nak makan dekat KFC tapi umie bungkuskan je. Kita makan dekat Salam Noodle. Hahahaha.

Korang tengoklah Adli dengan muka selambanya bawa masuk makanan lain. KFC pulak tu. Baunya pun satu kedai boleh cium. Adli buat muka tak tahu umienya pun sama. Pekerja kedai buat pejam mata jelah. Budak keciklah katakan. Hahaha.





Order sekali dengan dimsum ni. Ingat dalam 10 biji je sekali datang penuh satu pinggan. Lea sebenarnya suka makan makanan yang ala-ala cina sikit. Lagi-lagi yang rebus dan stim. Tapi bila dah dapat suami anak perak yang semangatnya kental dengan masak sambal, masak tempoyak haruslah kurangkan sikit rebus dan kukus itu. Kalau buat ikan singgang tu lea ngan Adli jelah dok perabiskan. Adli pun lea peratikan suka makan yang sup-sup. Kalau ikan singgang tu memang fav. dialah.

Adui..banyak pulak sembang pasal makan hari ni. Takpe kan. Sesekali ke dua kali ke tiga kali. Hahaha.

Ok. Jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. amboi....sedapnya ayam kfc tu...
    meh aunt nieyl minta seketul....:)

    BalasPadam
  2. Kakak pun suka sup-sup dan stim Lea
    Selain masak senang, cepat dah nikmat.

    Adli dpt ayam dah tak kisah org lain makan apa pun:)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.