MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 18 Oktober 2016

Nasi Goreng Udang Galah Seri Kembangan

Assalammualaikum semua.

Hari ni cerita pasal makan lagi. Nasi goreng udang galah.

Anda penggemar udang?

Lea sangat suka makan udang tapi tulah. Ada masanya naik gatal-gatal juga bila makan udang ni. Tak tahu udang apa, macammana yang lea boleh makan atau tidak. Kadang-kadang ok. Kadang-kadang tu terasa kuah je naik gatal terus.

Balik kerja hari tu suami ajak makan nasi goreng udang galah. Menarik tu. Harus dicuba. Kedainya terletak di blok sebuah apartment rasanya. Menu yang dicuba haruslah nasi goreng udang galah. Menunggu nasi goreng dalam 15 minit. Lama ke tak korang rasa. Bagi lea ok je asalkan sedap apa yang dihantar.


Sambil menunggu dok peratikan jenis minuman kat sini. Manrik betul gambar-gambar yang dipamerkan. 
Bila datang besarnya pinggan. Dalamnya ada nasi, udang galah dalam 5-6 ekor, sosej ada mayonis sikit. Bila makan udang/ketam lea cakap makan bermain. Yelah mengopek udang ni pun dah buat kenyang dah. Hahaha. Tapi betul memang kenyang sangat masa tu. Rasanya..Oklah…



Makan dalam jam 6. Dekat rumah dalam jam 10 telinga dah rasa gatal semacam dah. Haaa…sudah. Gatal ke ni. Dah tu muka pulak. Sah…udanglah penyebabnya. Harus dicari ubat allergic. Hahaha. Bila makan dalam setengah jam baru lega. Makan udang memang sedap tapi tulah tak tahu apa akan jadi selepas tu.

Ok. Ni alamat kedainya. Rasanya petang baru buka kot.


Mariyah Seafood

Jalan KP 4/5, Kota Perdana Seri Kembangan

3 ulasan:

  1. Oh...Lea alahan dgn udang ye.
    Kakak boleh aje tapi kena control sebab dah tua ni exercise kurang bimbang kolestrol dia.
    Besar udang dia letak atas nasi tu Lea. Puas dan berbaloi makan.

    BalasPadam
  2. singgah pagi....
    ya..nieyl peminat udang..
    walaupun sebelum nie x boleh makan sbb naik gatal²...

    BalasPadam
  3. tgk ns grgnya menyelerakan betul lah

    kalau dh gtu mmg kene kurangkan mkn udang kot... mcm adik dana mkn udang biasa ok tp udang galah blh alahan... tp kadang2 ok kadang tak

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.