MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 24 Oktober 2016

Majlis harijadi Adli ke 4

Assalammualaikum.

Apa kabar semua. Harap semuanya sihat je hari ni. Sambil menaip di sebelah lea ni Adli sedang lena tidur keletihan. Siang tadi buatlah majlis birthday dia. Buat simple je. Nak bagi dia seronok potong kek.

Sebenarnya majlis Adli ni dah 2 kali postpone sebab kesibukan abah yang tiada  sudahnya. Jadinya untuk siang tadi Sabtu 22.10.2016 dah 2 minggu block tarikh abah. Yelah birthday Adli 07.10.2016, 22.10.2016 baru buat. Takpelah Adli ye. Janji ada kek ye Adli. Kek dia minta sendiri nak ada boboboi. Yelah Adli. Umie ikut je sementara kamu kecik lagi ni.

Menu untuk hari itu

Mihun goreng – umie goreng sendiri
Ayam goreng – umie goreng sendiri
Oreo Cheese Cake – umie buat sendiri
Cheesekut Cheese Cake – umie buat sendiri
Sherped Pie – umie buat sendiri
Nasi Impit -      umie rebus sendiri
Kek Birthday – tempah
Kuah Kacang – akak ipar tolong buatkan
Roti jala – tempeh dekat anak buah
Sandwich – tempah dengan jiran
Agar-agar – anak buah bagi
Mini cupcake – borong dekat house of mini
Yang senang-senang je umie buat. Kali ni umie malas betul.

Kami buat kecik je. Buat sedara yang dekat ngan rumah dengan jiran atas, sebelah, depan dan bawah rumah. Tu pun dah sempit sebab rumah kecik.

Persiapan ala kadar. Gantung belon-belon je.

Kek Adli. Sukalah tu dapat boboboi.



Tengoklah Atok, Adli dan Alif malu betul. Tiga-tiga malu betul. Orang nyanyi semua tunduk. Adli tiup lilin pun tunduk. Yag bestnya mas aorang tengah nyanyi Adli tersipu-sipu malu. Hahahah. Lawaklah Adli. Sejak bila malu ni sayang.



Gambar kenangan keluarga kecik kami.



Antara tetamu yang hadir.








Teman rapat dari tahun 2006 lagi. Terima kasih maya sebab datang.
Terima kasih buat semua yang hadir. Mohon maaf di atas segala kekurangan.










3 ulasan:

  1. Happy birthday adli...
    Aunt nieyl doakan semoga adli menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat...Amin...

    BalasPadam
  2. Dah bujang Adli. Tak lama lagi dah masuk sekolah... :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir adli..
    Yg penting mama buat celeberet ye adli..
    Tak kisah lah lambat tu..
    Bestnya dapat kek boboy tu :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.