MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 13 Oktober 2016

Ayam panggang Sarawak

Assalammualaikum semua.
Sekarang lea seronok sangat bila sekarang ni sebab dah ada orang jual ayam panggang sarawak di tempat lea duduk. Mungkin rasa dan bau tak sama seperti ayam panggang di Kubah Ria (orang Sarawak mesti tau ni) tapi rasanya sedap juga dengan sosnya. Risik punya risik anak muda (tapi dah kahwin) adalah satu kelas dengan adik lea yang nombor dua. Hahaha. Kecik betul dunia kan.

Suka bersembang dengan dia ni. Ada sesuatu yang dia nak buat dalam bisnes ayam panggang dia ni. Sanggup belajar untuk dapat ayam panggang yang sedap macam ni. Bisnes ayamnya pun boleh tahan. Bila ditanya sehari dia dapat menjual dalam 25-30 ekor sehari. Lea dah 3 kali beli kat dia ni. Masa lea beli memang ramai yang tengah beratur nak membeli sama.

Mula-mula dia ni berniaga suamilah cerita ada orang jual ayam panggang Sarawak katanya. Lea jawab mesti tak sama dengan ayam kat kubah ria. Try lalu depan gerai dia ni tapi takde bau macam yang dekat kubah ria. Kalau sesiapa yang pernah makan ayam panggang di Kubah Ria kat Kuching mesti tahu apa yang lea katakan sebab ayam panggang Kubah Ria dari jauh dah boleh bau ayam yang sedap. Sebab banyak rempahnya bau pun dah sedap dah. Ok masa tu lea demand lagi sebab kalau sebab mesti nak sesedap ayam Kubah Ria. Tapi…bila makan … Rasanya…sedap juga. Sos yang dibagi sekali pun sedap.


Oklah. Kalau korang tersesat kat Putra Perdana Puchong carilah anak muda ni. Dah tanya nama tapi tak ingat. Semoga perniagaan terus sukses. Harganya? Seekor RM19.00 separuh RM10.00. 





6 ulasan:

  1. singgah pagi...
    sedapnya ayam panggang....

    BalasPadam
  2. Sedapnya Lea walaupun tak boleh cium baunya dalam gambar ^_^ Nanti kalau saya tersesat sampai ke sana (jauh juga tau dari area rumah saya) mesti nak beli. Murahlah tu seekor RM19

    BalasPadam
  3. wow...menyelerakan! Teringin gak nak merasa ayam panggang Sarawak ni. :)
    Moga terus maju biz adik ni.

    BalasPadam
  4. Pandai dia berniaga Lea - suka tengok mereka yg berjaya macam ini
    Tengok warna ayamnya pun cantik tak hangus

    BalasPadam
  5. wahh nampak sedap .. ape beza yg semenanjung ni dgn sarawak ni lea

    BalasPadam
  6. kt tempat dana ada org jual kepak madu, dia punya kepak mmg lain dr lain, pastu dia pnya sos perkkkh pedas lain mcm ayam madu biasa... bila tanya katanya resepi dr sabah
    ni dr sarawak msti sedap kalu dpt rasa ayam tuh...
    jauh pulak puchong tuh

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.