MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 1 September 2016

Farewell....Selamat Maju Jaya Buat Semua

Assalammualaikum Semua.

Seronok kan cuti semalam. Hari ni kita kerja.

Ok..Ni cerita campur-campur. Ada yang tiga minggu lepas dan ada yang minggu lepas punya cerita.

Ni cerita 3 minggu lepas. Majlis untuk pegawai yang bertukar. Kumpul sekali bagi yang bertukar dari awal tahun sampailah yang terbaru bulan 8. Ada dalam 5-6 orang jugaklah. Ada yang bertukar sebab naik pangkat dan bertukar untuk mencari suasana yang lain.

Inilah mereka yang telah bertukar dan akan bertukar

Teman-teman yang masih setia menanti di pejabat lama

Sedap betul brownies cheese ni.  Memang nak makan ni je pun.

Bersama Hanis dan Baayah. Rindu dengan mereka ni...Takpe demi kemajuan kerjaya pergilah berhijrah.

Ni pulak cerita minggu lepas. Meraikan bos yang akan sambung belajar. Sekejap je kat sini. Tak sampai pun dua tahun. Tapi antara bos terbaik pernah ada. Senang untuk berurusan. Selamat maju jaya bos. 

Sebelah pagi Jumaat lepas majlis diadakan di pejabat. Meriah juga dengan pelbagai jenis makanan yang ada.

Ada sesiapa kenal bos lea ni.

Dapat doorgift dari kelab bahagian. Mug dan tuala kecil dari IKEA .

Hadiah untuk bos.

Terima kasih bos atas tunjuk ajar dan nasihat selama ini

Ayunya kak mon duduk di depan.

Pada sebelah malamnya pulak diadakan majlis di MAEPS. Apa lagi bersteamboat dan bergrilllah kita malam tu. Malam tu boleh bawa keluarga. Bayar sendiri-sendiri ye.

Tengoklah anak bujang lea ni. Pantang nampak kamera dah sekarang. Pandai posing dah. Kadang-kadang geram je tengok. Hahaha.

Malam tu ada cabutan bertuah. Nombor yang Adli pilih ialah nombor 3. Siap cakap kalau dapat hadiah Adli nak ambik . Bila nombor 3 disebut suruhlah dia ambik. Tengoklah tu.. Sibuk je deli ni tau. Paling best...sendiri ikat tipuware IKEA ni sendiri yang dapat ye lea.








Bergambar dengan bos dan keluarga. Adli ngan abah dah masuk kereta sebab Adli sibuk je berlari ke sana sini . Abah dukung terus masuk kereta.

4 ulasan:

  1. Salam..Morning...
    nieyl singgah pagi...🌹

    BalasPadam
  2. Berpisah utk kebaikan masing-masing Lea
    Adli tu menceriakan suasana Lea. Kakak suka tengok dia.

    BalasPadam
  3. dtg dan pergi tu lah lumrah dlm kehidupan lea....lieya kat opis ni pun silih berganti org keluar masuk...lieya ni aje laa yg menjadi tukun hahahaahah tetap setia di sini tak keluar2....

    meriah siap ade sesi stimbot lagi ...adli kemain yek...seronok le tu nombor naik heheheeheh.....

    BalasPadam
  4. berpisah berjumpa itu adat lah kan... time2 farewell gini teringat lah saat2 hepi2 sama

    apasal muke mama adli mcm sedih je time gambo ngn boss tuh... heheh

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.