MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 21 September 2016

Adli manja ngan atok

Assalammualaikum.

Lama betul tak menaip di dalam blog ni. Bz ke malas ye? Hahaha
Dua2. Bz ye malas ye juga. Malas nak menaip rasanya.

Oklah. Ayah lea datang dari Kuching 3.09.2016 yang lalu. Baliknya tak tahu lagi. Dia cakap nak beraya haji dengan Adli kat sini. Biarlah kan. Bukan senang orang tua nak dok lama-lama dengan kita.

Adli bila ada atok cukup manja ok. Mandi nak atok mandikan. Baju pun nak atok pakaikan. Mulalah cakap cayang atok dan cium/peluk atok. Mana hati atok tak cairkan Adli. Hehehe.

Gambar kat bawah ni bila disuruh ambik gambar ngan atok. Pandai betul bergaya ambik gambar ye Adli. Macam-macam gaya dibuatnya. Atok pun layan jelah. Dah tu Adli nak semua ambik gambar. Bila semua dah nak bergambar siapa pulak nak ambik gambar kan. Jadinya gunalah automatik punya function. Seronok juga ambik gambar secara automatik ni. Hahahaha.

Jadilah. Ada kenangan kami berempat. Suatu hari nanti gambar nilah akan jadi tatapan kita kan. Adui..bergenang pulak air mata. Bila masa lagi kan kita nak bersama orang tua kita. Lea lagilah dok jauh dengan mereka. Bila mereka datang ni seronoknya lain macam.









Lepas ambik gambar atok ajak minum kedai. Atok teringin nak makan roti nan. Ok. Kita bawa atok kat Cyberjaya jelah. Dekat ngan rumah. Senang. Adli bila ke kedai mamak cukuplah ada papadom. Senyaplah dia. Suka sangat makan papadom ye Adli. Tengoklah tu. sebungkus dia sorang je makan. 



Seronok atok bila dapat makan roti nan yang dihajati. Kalau makan ngan ayam tandoori lagi sedpa kan. Perah limau sikit. Tapi atok tak nak. Cukup ada dhal, sambal ngan kari sikit. Minat betul makan roti nan ye atok.


4 ulasan:

  1. Adli pandai ambil hati semua orang. Itu yg kakak nampak- senang Lea kan.
    Sejuk mata memandang.

    Eh.. kakak pun suka roti nan tau Lea:)

    BalasPadam
  2. adli mmg bijak tau, pandai nk amik hati atuk nya...

    suke ngn gambar ber4 tuh... mmg suweet

    BalasPadam
  3. salam perkenalan sis, singgah sini n i follow u,,,^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.