MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 16 Ogos 2016

SPRM tahan dua Datuk, beku aset bernilai RM13 juta

Yang wajib ada BMW dan AUDI....hmmmm

KUALA LUMPUR: Tiga penjawat awam termasuk seorang Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata ketiga-tiga individu itu ditahan lebih kurang jam 12 dan 2 petang tadi dalam satu operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Menurut beliau, individu terbabit masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

"Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan yang melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

"Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk rumah emper (penthouse), rumah banglo serta  kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan penggubahan wang haram," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam serbuan serentak itu juga, SPRM turut menjumpai wang tunai lebih kurang RM400,000 termasuk mata wang asing serta beberapa utas jam tengah mewah.

Menurut beliau, individu yang ditahan berumur dalam lingkungan 50-an dan dijangka direman di Mahkamah Majisteret di Putrayajaya, Melaka dan Kelantan esok.

Siasatan dibuat mengikut seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram2001.


Seksyen Akta SPRM 2009 memperuntukkan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi.

Sabit kesalahan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram pula membawa hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

2 ulasan:

  1. bila seklai dpt ... mesti nak seterusnya .... akhirnya kantoi apa pun dpt

    BalasPadam
  2. Dah kenyang 'makan' baru ditangkap. Aset berjuta-juta tu agaknya perkara biasa kot untuk mereka. Kita ni aje yang mendengar terbeliak-beliak mata!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.