MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 29 Ogos 2016

Masak Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Assalammualaikum semua.

Semalam terajin sikit dok masak Ikan Talang Masin dengan Nenas. Semalam plan asalnya nak buat ayam masak lemak cili padi tapi jadinya ikan talang masak lemak dengan nenas. Lea ni jarang buat masak lemak jadinya terpaksalah google resepi. Kalau bab memasak ni blog inilah yang selalu menjadi rujukan lea. Azie Kitchen. Macam resepi yang ada kat blog ni. Terima kasih tuan punya blog sebab memudahkan mereka yang seperti lea yang kadang kadang ingat ingat lupa resepi untuk memasak



Masak Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

10 biji cili padi
2 bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil
Santan secukupnya
Ikan talang masin - potong

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.  Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak.  

Masukkan santan dan nenas ke dalamnya.  Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan.  Saya tak letak garam dan asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas pun sudah masam.


4 ulasan:

  1. ya Allah se dap nie.... manis2 masam masin nenas ngan ikan masin tu kalo berpadu dgn nasi panas2 mmg layan....boleh bertambah2 dibuatnyer....

    BalasPadam
  2. Semalam saya baca tentang udang masak lemak cili padi, teruslah teringin. Hari ni baca tentang masak lemak lagi, tiba-tiba teringin balik. Saya suka masak lemak ikan masin dan nenas. Marbeles!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.