MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 17 Ogos 2016

Bila Adli ke I-City


Assalammualaikum semua.

Dah lama tak bawa Adli jalan-jalan. Ok..kita bawa ibu jalan-jalan sekali ye. Sekarang semuanya kena bayar dekat I-City. Dulu kawasan taman yang penuh dengan lampu-lampu tu free je masuk. Puaslah bergambar dengan view lampu-lampu.

Bila dah bawa Adli, semuanya dia nak main. Oh ya. Untuk main permainan ni ada kad yang kena kita beli dan semestinya di topup. Dengan Adli topup RM100 pun boleh habis. Satu permainan yang Adli main semuanya RM5/5 point.

Sian dia.Sorang-sorang je dalam tu






Rasa dia tu dha besar sangat


Puaslah dia main. Tu pun dia nangis meraong nak main kereta yang langgar-langgar tu. Mana boleh nak main sebab memang tak buka pun permainan tu malam berkenaan. Memang sampai ke keretalah menangis tersedu sedan.


Dalam perjalanan balik nampak KFC nak KFC, nampak MCD nak MCD dan yang paling syok nampak deretan kedai, nak makan mamak…nak makan mamak. Mamak ko nak makan li?

5 ulasan:

  1. singgah pagi rabu....
    dlu masa baru² buka ada la pegi...
    skrg nie dah lama x pegi..

    BalasPadam
  2. Hahaha! Kecil-kecil dah berjasa pada mamak eh!

    Saya pun baru terbaca yang katanya semua berbayar aje di I-City ni. Rugilah dulu-dulu pergi jual mahal, tak mahu bantai main semua masa tengah murah. Itu baru satu anak ya, Lea. Kalau bawa dua anak berapa ratus pulak nak bayar top up ni. Lagi bagus pergi Legoland nampak gayanya!

    Parking maintain RM10 lagikan?

    BalasPadam
  3. wah! nak tengok pokok2 lampu pon dah kene bayo sekarang ye Lia...betol2 buat duit diorang ni tau...bebudak memang suka la main menan camni...mak dgn apak dia je x berapa nak suka...meleleh air mata sambil sedut hingus...srotttt...time nak membayo tu...hahaha

    BalasPadam
  4. rasa mcm 4x dah pi icity. tp tak pernah main org masuk apa2 tempat mainan dia. hehehe

    BalasPadam
  5. bestnya dia.... dana tak pnh lg bwk aiyan pi situ...

    puas lah dia main yek... tp tang nk mkn semua apa yg dia nmpak tuh kelakar je... sume dia nk mkn sampai mamak pun nk mkn ye adli

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.