MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 20 Julai 2016

Kisah Adli bila nak membuang

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap sihat semuanya. Semuanya masih dalam mood raya kan.

Hari ni nak cerita pasal si bujang lea.

Lea bercerita ni kalau boleh nak tahu jugaklah pengalaman teman-teman.

Adli sekarang memang lea dan suami tak pakaikan pampers dah. Untuk kencing memang dia ok. Kalau nak kencing tu memang kelam kabut bukak seluar dan spender. Memang pandai kencing sendiri dan basuh sendiri. Kalau basuh tu memang macam orang mandi dah.

Untuk berak ni masalah. Dia sanggup menahan tu sampai 3-4 hari baru nak berak. Tu pun puasa bergaduh nak bagi dia berak. Sampai kadang-kadang menangis kaki sakit mencangkung. Siap cakap tak larat kaki sakit. Begitulah Adli.

Hari isnin lepas masa ambik dia kat rumah pengasuh cakap ngan dia nak pergi klinik minta ubat nak bagi Adli berak. Dia macam biasa je. Macam seronok pulak nak pergi klinik. Memang betullah doctor bagi ubat cucuk kat punggung. Bila lea tunjuk ubat tu cakap nak cucuk punggung Adli mukanya macam cuak sikit dan akhirnya malam tu berak. Adli cakap ha…kuarkan pun kau. Cakap dekat ta** tu. Adli..adli. Tu lea tak cucukkan lagi ubat doctor bagi tu.

Malam semalam dia nak berak tapi dia tahan. Muka meneran tu memang dah nampak tapi tak mengaku. Siap cakap takde..takde. Suami paksa juga g tandas. Meraong-raong tak nak. Akhirnya suami ambik keputusan cucuk ubat kat punggung tu. Yang lea tak leh tahan nak gelak bila nengok muka Adli selepas di cucuk tu terus gelisah. Tak sampai seminit berlari ke tandas ha……selambak keluar. Siap cakap tu leganya abah…Adui…. Mukanya lucu benar tu……

Dah siap basuh semua jumpa lea kat luar siap cerita.

“Umie… ta** Adli besar batu. Banyak…..” hahahaha.

Besar batu tu.

Tak tahu nak buat macam mana. Dia boleh menahan ta** tu. Nak dikata tak makan, makan pergh….boleh tahan. Pisang pulak buah kegemaran. Kalau pergi supermarket siap pedan suh belikan pisang. Air pulak banyak dia minum. Memang sediakan sebotol air suam untuk dia. Dah habis refill balik.




OOTD Adli waktu pagi




6 ulasan:

  1. Kelakarlah Adli ni tau...
    Tapi kesianlah juga kan Lea sebab dia menahan sebenarnya tu
    Harap-harap lepas ni terus ok hendaknya.

    BalasPadam
  2. comel je adli..
    mungkin sebab dia baru sgt free diaper kot..so rasa mcm xbiasa lagi nak membunag dalam tandas macam kita..mungkinla..sekadar pendapat je...

    BalasPadam
  3. hahaa..lawak la adli handsome neh..blh pulak dy tahan ye..

    BalasPadam
  4. mcm2 kes adli nie...mcm dayyan le nie...tapi dayyan tahan berak time kat sekul..balik rumah baru nak berak..bontot demand tu pilih toilet haahahahaha.... tapi lea jgn selalu gune ubat berat cucuk tu tau..tak elok sebenarnye....lagi2 adli kecik lagi...lea saiko jek adli, kalo tahan berak nanti taik jadi ulat...kene masuk hospital, pastu nanti kene cucuk jarum kat tangan...takut2 kan laa die...

    BalasPadam
  5. hehehehhe..... aiyan pun gitu kencing blh kt toilet tp kalau berak agak ssh skit... cuma skrg balik sekolah msti membuang kt toilet tp tak msk betul2 kt tgh tuh... berkecah huhu

    BalasPadam
  6. hahahaha..kelakar.. nak berak pon tahan2 tu yang semeblit mengeras jadi nya tu.. ;D

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.