MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 20 Mei 2016

Misi mencari belacan bersama Adli. Hehehe

Assalammualaikum. Jumpa lagi kita ye.

Dua hari selepas ke Sematan kami kembali lagi. Kali ini dengan mak pulak. Misinya ialah mencari belacan. Lea suka belacan sini. Sedap. Mak mertua pun suka. Siap kirim belacan Sarawak.
Ok. Budak debab dengan opah yang nak melayan mata.

Sebelum ke Sematan singgah Lundu sekejap. Pergi Lundu tak sah kalau tak singgah pasarnya. Semua yang dijual segar-segar. Harganya RM2 je semuanya sepinggan/setompok 


Adli beli juga mainannya. Dia beli yang ikan keli. Kalau ditarik mainan tu akan bergerak macam ikan keli.

Terung asam yang sedap kalau direbus dengan ikan

Ok..Kita ke Sematan. Singgah rumah makcik sekejap. Adli...dia buat macam rumah dia. Berlari sana. Berlari sini. 

Ha..Jumpa pun belacan yang dicari. Sekilo RM30.Baru lagi. RM30 memang murah. Ada yang jual sampai RM60 

Jom ke kerumah nenek. Mak dah suruh lea masak. Udang masak sweet sour dengan ikan senangin rebus dengan terung asam. Bawang, sos semua ambik kat kedai pakcik je. 
Kita close up sikit 

Rilek nampak...

Satu yang best pergi rumah nenek ada kedai runcit pakcik 
Ni yang bestnya. Aiskrim

Aiskrim ni yang sedap sangat-sangat. Dua hari kesana dalam 5 kot lea makan aiskrim ni. Yang paling seronok Adlilah. Dua hari kat sana perbelanjaan Adli RM19. Aiskrim jelah yang banyak. Dia ambik dan pilih sendiri 
Sedapnya. Kat sini lea tak jumpa pun aiskrim ni. Ada ke tak ye. Kalau ada bagitahu lea ye. 
Akhir sekali. Ambik gambar ngan onyang Adli. Nenek lea. Namanya Manis tau.

5 ulasan:

  1. Bestnya ada kedai runcit dlm umah..suke²..

    BalasPadam
  2. geram tengok belacan tu
    belacan baru nampak sedap buat sambal belacan UA
    bestnya pergi pasar macam tu
    sama mcm kat brunei kira tompok2

    BalasPadam
  3. belacan sana mmg sedap... teringat dulu ada kwn2 yg duk sana kalu blik kg msti beli...
    sedap lain mcm belacan sana dr yg biasa kite jumpa kt semenanjung...

    geramnya nengok kt psr tuh murah2...
    kt gambar ke2 yg dlm pinggan tuh cendawan ke tuh lea? cer kasi closup skit cite cendawan tuh...

    syok la layan seafood murah n besar2 kt sana kan
    sedap nengok sekerim wafer tuh... lama tak mkn... klu dulu itu lah feveret

    BalasPadam
  4. Memang sweet nenek Lea tu sepadan dgn namanya:)
    Kat sana semua nampak fresh belakalah.

    BalasPadam
  5. Bestlah main ambil aje kat kedai runcit.. Kalau saya, macam-macam yang saya ambil tanpa rasa malu. Hehehe...

    Aiskrim tu mengingatkan nostalgia zaman kecil-kecil dululah, Lea. Saya pun tak jumpa aiskrim ni di KL.

    Onyang Lea tu nampak muda juga tau! Manis aje muka ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.