MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 16 Mei 2016

1st time Adli naik feri


Assalammualaikum semua.

Baru nak update balik blog ni. Selepas balik dari Kuching kami anak beranak bergilir-gilir demam. Mungkin perubahan cuaca kot. Sebab masa balik Kuching 11 hari cuaca sangat-sangat panas. Sentiasa berpeluh dibuatnya. Sampai sini pulak cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan.

Ok..Ini adalah pengalama pertama kali Adli naik feri. Bukan macam feri ke Langkawi tu ye. Feri ni boleh bawa kereta sekali. Tambang Cuma RM1. Kalau feri yang bawa kereta ke Langkawi beratus juga bayarannya.

Masa ni naik 4 buah kereta ke Lundu, Sarawak. Tempat lahirnya umie dan Adli. Kami plan nak berkelah di Pantai Siruk di Sematan. Hihihi. Ada jalan lain yang tak payah guna feri tapi kerana nak bagi pengalaman lain dekat Adli, jom kita naik feri. Lagipun menggunakan feri perjalanan Kuching ke Lundu perjalanan lebih cepat dari setengah jam.


Ok..jom layan gambar.

Mereka yang sangat teruja bila dapat naik feri

Sempat makcik lea ambikkan gambar dari dalam kereta

Ni makcik lea. Adik mak. nenek saudara Adli. Suka betul melayan Adli. Adli dah siap ngan seluar bunga-bunga nak mandi pantai katanya.

Makcik-makcik lea. Ayah lea yang kat depan duduk kat seat penumpang

Kita naik feri Pantai Damai namanya

Tu uniform umie kat Kuching. Hahaha. Memang tinggalkan baju tu kat Kuching. Tak payah bawa banyak baju dari sini. Ada dua tiga pasang yang lea tinggalkan.

Ni sebelah depan feri

Syoknya Adli

Feri diseberang

Nilah ferinya. Ferinya boleh penuhkan dalam 18 buah kereta. Tapi mengikut saiz jugaklah. Kalau bas dan lori dah masuk sikitlah jumlahnya.

Tambang cuma RM1. sahaja

2 ulasan:

  1. Kakak ni yg tengok pun dpt rasakan seronoknya Lea.
    Apa lagi yg masih budak:)

    BalasPadam
  2. Nampak macam seronok semua orang bukan Adli aje ^_^ Oh, ada simpan uniform dua tiga helai kat kampung ya, Lea. Senang sikitkan. Nak balik bukan senang boleh naik kereta, kena naik airplane. Patutlah tinggalkan pakaian mana yang boleh :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.