MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 April 2016

Tips menjaga barang kemas

Minggu lepas semasa borak dengan bos lelaki, dia cakap dia suka tengok pompuan pakain barang kemas walaupun 1. Sambil menjeling tangan lea. Hahaha. Hanya ada1 cincin. Gelang tak pakai sebab rasa mengganggu je tau. Kalau pergi kenduri kalau rajin pakai jugalah gelang.

Ingat masa lea kecik-kecik dulu, makcik lea kalau hujung minggu mesti jemur barang kemas. Banyak pulak tu. Sebakul tau. Hehehe. Nasib baik takde orang curi tu.

Oklah. Ni dapat kat facebook. Cara nak jaga barang-barang kemas bagi yang banyak barang kemas. Ni mesti banyak barang kemas ni.


1. Kurangkan terdedah dengan peluntur

Jangan dedahkan barang kemas kepada bahan kimia dan berasid. Cara ini boleh merosakkan barang kemas dan membuatkan kilauan emas menjadi pudar. Bahan peluntur dan klorin boleh merosakkan permukaan emas dan kalau terdedah dalam jangka masa yang panjang, silap-silap emas boleh terputus. Eh, sayang kalau cepat rosak.

2. Suka mandi kolam, anda kena berhati-hati

Jika melakukan aktiviti riadah air terutama di kolam renang yang mempunyai kandungan klorin yang tinggi, elakkan memakai barang kemas. Kena rajin belek cangkuk juga , ya. Jika cangkuk rosak, dikhuatiri emas tercicir tanpa anda sedari.

3. Jangan sembur pewangi pada emas

Minyak wangi juga boleh memudarkan emas. Lantaran, elakkan semburan minyak wangi daripada terkena barang kemas. Semburkan pada kulit tubuh sahaja.

4. Kurangkan gilap atau 'goreng' emas di kedai

Cuci barang kemas secara konsisten. Anda boleh lakukan sendiri atau menghantarnya kedai emas. Cucian yang betul bukan sahaja mengekalkan kebersihan malah kilauan emas. Ingat, kalau asyik 'goreng' emas di kedai cara ini boleh mempengaruhi berat emas kerana permukaannya dikikis sedikit.

5. Mandi tak perlu pakai emas

Elakkan memakai emas ketika mandi kerana produk mandian dan syampu mengandungi bahan kimia yang membuatkan emas pudar.

6. Simpan tempat khas

Simpan emas di dalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Simpan di dalam suhu bilik dan elakkan terdedah terus kepada cahaya. Simpan emas di dalam kain sebelum meletakkan di dalam kotak bagi mengelakkan emas tercalar. Dan pastikan emas tak terbelit dan bergeser.

Tips Kekalkan Kilauan Emas

1. Elakkan emas terkena sabun terutama ketika membasuh pinggan mangkuk dan pakaian. Kandungan dalam sabun boleh memudarkan emas secara perlahan-lahan.

2. Jangan simpan emas bersama atau berhampiran alat solekan seperti gincu dan minyak wangi. Tindak balas bahan kimia di dalam produk ini bukan sahaja memudarkan emas malah meninggalkan kesan tompokan hitam.

1 ulasan:

  1. akak pulak tak suka pakai cincin dan rantai...suka gelang je...memang ada pakai seutas kalau tak rase cam tak lengkap je...banyak beno pantang larang kat atas yg akak langgar...huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.