MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 April 2016

Terbayang-bayang kerabu sotong

Assalammualaikum.
Ok. Ni cerita hujung minggu lepas. Lea tak tahulah semenjak dua menjak ni malas benar nak ke dapur. Minggu sebelum ni ke mamak kita kan.Minggu ni pulak kedai Tom Yam pulak.

Hari Jumaat suami ajak makan kat luar. Pusing punya pusing Taman Putra Perdana akhirnya singgah dekat kedai Vicuda. Suami order kueh teow hailam, daging masak merah dengan fresh orange, lea pulak order nasi goreng kampung pedas sikit, kerabu sotong dengan sup kosong. Adli pulak nak kopok ngan milo ais. Sedap betul nasi gorengnya. Kerabu sotong pun sedap. Dengan pedasnya harus hidung dan mata berair. Mata berair tu memang macam orang nangis dah.





Esok malam pulak pusing-pusing lagi. Dari Cyberjaya ke Putra Perdana dan ke Vicuda lagi. Hahaha. Dasyatkan sebab terbayang-bayang kerabu sotong. Tapi kali ni suami tak makan sebab kenyang tapi Adli pulak nak makan nasi goreng. Order nasi goreng seafood ¾ pinggan Adli habiskan. Yang ¼ umie yang habiskan sebab abahnya diet nasi.






Ahad pulak lepas jalan-jalan petangnya suami bawa ke Sungai Besi. Sudah. Mi kolok dengan laksa Sarawak pulak. Kita bungkus jelah ye. Sedap laksanya. Sedap mi koloknya. Hahaha. Lepas ni kalau teringin tu tak yah pergi jauh-jauh dah. Dekat SUbgai Besi pun ada dah laksa Sarawak ngan mi kolok.






Cakap dengan suami lepas ni tak nak dah makan kat luar. Suami jawab..tau takpe. Kita ni kesian kat bini sebab penat tu yang makan kat luar je. Lepas ni masak ye sayang. Hahaha.

5 ulasan:

  1. amboi..sedap² makanannya....
    sesekali...nnt da boring,masak pulak kat umah :)

    BalasPadam
  2. Kerabu sotong yg tak menahan mata kakak memandang Lea
    Adli pun dah pandai order nak makan apa ye:)

    BalasPadam
  3. aduh la menggodanya kerabu sutun ngn mee kolok tuh...

    ns grg kampung tu pun nampak sedap... tak kedekut nasi, siap ngn bilis ngn kangkung kene sgt tuh...

    hehehhe... sesekali mkn luar apa slhnya hehehhe...

    BalasPadam
  4. da terjah 2 blog.. smua hidang entry makanan. Terliur iols tau! hehehe. Takpe.. tukar selera, boring makan luar pasni masak. boring masak, makan luar pulak. hihihi =P

    BalasPadam
  5. memang nampak sedap sangat kerabu sotong tu...telan ailio nam ratus kali...hahaha...makan kat luar sesekali memang sedap Lea tapi kalau selalu bole jadi muak jugak...kat rumah makan nasik lauk ikan goreng je pon nikmat dia lain macam kan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.