MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 19 April 2016

Suami Jamin Isteri Yang Ditangkap Khalwat


Tidak dapat dibayangkan apakah perasaan sang suami apabila mengetahui isterinya ditangkap khalwat bersama seorang lelaki semalam di sebuah hotel yang terletak di Melaka. Wanita tersebut yang berusia 29 tahun dan masih lagi bersuami ditangkap khalwat bersama pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan dan berumur 24 tahun.

Ketika serbuan dilakukan, lelaki tersebut mengakui bahawa dirinya hanya berseorangan didalam bilik namun setelah siasatan dilakukan, seorang wanita dipercayai sedang menyorok dan berada didalam bilik tersebut. Mengakui pada mulanya mereka adalah pasangan suami isteri, namun atas tiada bukti yang sah, pasangan ini ditahan dan dibawa ke pejabat.

Kedua-dua buah keluarga pasangan ini turut dihubungi dan suami kepada wanita ini bersama keluarganya datang menjamin isterinya dan mengakui mengenali lelaki yang ditahan berkhalwat dengan isterinya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk anda diluar sana.

1 ulasan:

  1. Aduh! Malunya... Kalau saya jadi perempuan tu, sanggup tak dijaminlah. Padan muka pun ya juga. Tak tahu jaga diri sebagai seorang isteri dan batas-batas agama.

    Silap haribulan lepas ni kena jatuh talak pulak!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.