MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 10 April 2016

Sinopsis Suami Tanpa Cinta

Sinopsis Suami Tanpa Cinta Di Astro Ria. Drama Suami Tanpa Cinta adalah sebuah adaptasi novel yang telah mula disiarkan di slot Astro Ria pada 4 April lepas.
Drama Suami Tanpa Cinta akan disiarkan sebanyak 15 episod dan dijayakan oleh Shukri Yahaya dan Janna Nick. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam drama ini adalah Christina Suzanne, Sarah Hildebrand, Mark Adam, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah dan Ungku Ismail Aziz.
Diterbitkan oleh Pena Creative Pictures, Drama Suami Tanpa Cinta yang diarahkan oleh MP Roslin MD Sharif akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Sinopsis Suami Tanpa Cinta Di Astro Ria
Drama Suami Tanpa Cinta memaparkan tentang perhubungan antara dua rakan sekolah bernama Zaidan Iman dan Ain Syifa. Sewaktu meningkat dewasa mereka berdua dipaksa berkahwin demi untuk menggabungkan syarikat milik keluarga mereka dan menyelamatkan bisnes keluarga.
Perkahwinan tersebut telah diletakkan syarat iaitu jika Zaidan Iman menceraikan Ain Syifa maka syarikat akan menjadi milik Ain Syifa dan Zaidan Iman tiada hak lagi untuk menuntut. Akibat syarat itu Zaidan Iman bersungguh-sungguh mempertahankan perkahwinan tersebut.
Biarpun Zaidan Iman mencintai Ain Syifa, namun ada kisah silam yang membuatkan Ain Syifa telah menutup pintu hatinya. Zaidan Iman berusaha membuatkan Ain Syifa mencintainya. Semakin hari mereka berdua semakin bahagia dan Ain Syifa mulai keliru dengan perasaannya sendiri. Zaidan Iman yakin Ain Syifa sudah jatuh cinta kepadanya.
Saat hati mulai bahagia, Ain Syifa mendapat satu perkhabaran yang membuatkan dirinya mulai sangsi dengan perasaan sebenar Zaidan Iman. Ain Syifa yakin bahawa Zaidan ada menyembunyikan sesuatu darinya. Keadaan mulai jadi tidak terkawal sehingga Ain Syifa nekad meninggalkan Zaidan Iman.
Benarkah perkhabaran yang diterima oleh Ain Syifa itu. Apakah pula rahsia yang cuba disembunyikan oleh Zaidan Iman? Jangan lupa saksikan Drama Suami Tanpa Cinta di Slot Astro Ria. 

2 ulasan:

  1. mmg tgh musim kan skrg tajuk msti ada suami... tanpa cinta lah... suami sebelah rumah lah, suami upahan lah apa lah... tajuk tak hagak kan...
    pastu jln cite msti lbh2 kurang je heheheh....

    BalasPadam
  2. Adaptasi novel lagi. Balik-balik lebih kurang sama aje jalan cerita drama sekarang ni. Saya memang dah lama tak sempat nak menonton drama macam ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.