MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 6 April 2016

Sian usu Amir tidur kat Petronas- kata Adli

Assalammualaikum.

Sabtu malam minggu lepas ambil sepupu lea Amir kat airport. Dia balik dari JB selepas praktikal 3 bulan kat sana. Ahad nak hantar dia balik IKTBN.

Pagi ahad tu keluarlah minum. Kebetulan abang suami dan isteri ada kat sana. Minumlah sekali dengan mereka. Adli dok panggil abang ipar lea ni ayah.

Petang tu hantarlah dak Amir ni ke asrama. Amir siap pinjam bantal kat lea. Lea letaklah dalam beg IKEA yang besar tu. Dah masa hantar tu Amir minta hantar dekat Petronas je sebab dia nak pergi sekali dengan kawan dia. Menunggulah dia di kaki lima Petronas.

Malamnya dak Adli ni dah nak tidur ni boleh cakap dengan lea-

Adli  :       Umie, jom kita pergi Petronas ambik usu Amir. Cian
dia bawa bantal tidur kat Petronas.

Umie:       Usu tak tidur situ, kawan dia ambik bawa dia tidur kat
rumah.

Adli :        Taklah umie, dia tidur Petronas. Ambiklah dia. Tidur
rumah kita. Petronas kotor.


Lea masukkan dekat whatsup group keluarga, semua gelak. Lea sendiri pun nak tergelak. Rasanya dari lea hantar amir dekat Petronas dia dah memikir sampailah nak tidur kenapa umie tinggalkan usu Amir di Petronas. Prihatin betul dia kat usu Amir. 

Adli diapit ayah dan abah

Usu Amir yang kecik yang baju hitam tu

4 ulasan:

  1. Prihatin btl adli kat usu dia ye...:)
    bijak adli ni...
    semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..InsyaÁllah..Amin...

    BalasPadam
  2. sayang betul ye adli kt usu amir.baguslah adli prihatin n penyanyang.hehe..

    BalasPadam
  3. Alololo pandainya... sayang usu dia ni... anak kecil gitulah.. prihatin!

    BalasPadam
  4. bagus adli ni...itu menunujukkan betapa concern nya dia dan betapa penyayang nya dia...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.