MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 8 April 2016

Sepupuku milik orang

Assalammualaikum.

Salam Jumaat lea ucapkan.

Alhamdulillah hujung minggu lepas dua sepupu lea di Sarawak yang disunting orang. Sorang anak pakcik dan sorang anak makcik. Dua-dua adik mak lea.

Lea yang berada dekat sini tumpeng gembira dengan perkhabaran ini. Insyaalllah hujung tahun ni balik lagilah ke Kuching untuk majlis kahwin pulak.

Pertunangan Amoi







Amoi ni anak kepada pakcik di kampung. Amoi bukan nama sebenar. Cuma panggilan dalam keluarga sebab orang empunya diri ada macam itu amoilah. Alhamdulillah dah berjumpa jodohnya. Majlis pertunangan diadakan di Sematan. Sematan adalah satu daerah di Sarawak yang kedudukannya berhampiran dengan laut. Bagi lea laut dan pantai sematan adalah sangat cantik, lagi-lagi kalau ke Teluk Melano. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Lea pernah sekali ke Telok Melano dan memasang impian untuk ke sana lagi. Insyaallah. Moga tercapai impian ini. Dari gambar-gambar makcik hantar majlis nampaknya sangat meriah. Tahniah Amoi akak ucapkan. Semoga Amoi dan tuning dapat mengharungi tempoh pertunangan yang pastinya ada cabaran dan dugaannya. Darah manis kan. Akak doakan semoga semua urusan berjalan lancar dan semoga ikatan yang dibina sampai ke perkahwinan yang diimpikan.

Cerita Lyn.

Kak Lin. Walaupun muda dari lea, lea suka panggil kak lin. Dari kecil memang mak yang jaga dia. Memang lea tunggu sangat majlis kak lin ni. Alhamdulillah. Berjumpa dengan pilihan hati yang kampungnya sebelah kampung lea dan orangya adik kepada kawan sekolah lea. Kecik sungguh dunia ini. Kak Lin telah dirisik hujung minggu lalu. Kak Lin dah kena booking dah..Insyaallah mungkin majlis tunang akan diadakan masa nikah nanti. Dalam group keluarga dekat whatsup dah masing-masing nak tahu tarikh dan semestinya warna tema. Hahaha. Macam borialah kami nanti. Hehehe. Lin dah separuh perjalanan dah lin untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Insyaallah kami akan balik untuk majlis nanti.



Kak Lin takde dalam gambar. Kak Lin kerja jauh dari Kuching.

Kak Lin dengan umie Adli. Abangya Eeq. Nun di hujung sana abahnya Adli dan pakcik.


 
Kak Lin dengan Adli. Time ni dia Adli umur 9 bulan rasanya.

Alalala Adli. Umie baru perasan gamab rni. Apa yang digelak tu Adli

Lea sebenarnya seronok kalau ada majlis dekat Kuching. Kalau boleh balik memang lea akan balik sebab masa inilah nak berkumpul dengan keluarga. Yelah jarang-jarang jumpa. Lagipun tahun ini semua beraya di sebelah mertua maisng-masing. Tahun depan baru semuanya balik Sarawak.


2 ulasan:

  1. Salam jumaat ♥
    yang jauh lagi dikenang kan...
    sejauh mana pun kita merantau...kampung tempat kte membesar lagi di kenang n dirindui kan...InsyaÁllah....ade rezeki nanti...balik :)

    BalasPadam
  2. Bagus juga Lea dan boleh plan dari sekarang utk balik hujung tahun ni.
    Kakak nak ikut boleh haha...

    Adli dari kecik memang dah comellah Lea. Geram tengok pipi dia tu:)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.