MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 15 April 2016

Sebulan pengemis boleh mendapat RM286,000


Perkongsian dari facebook

Dubai: Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan hanya dengan mengemis.

Ketua Bahagian Pasaran majlis tersebut, Faisal Al Badiawi menerusi satu kenyataan berkata lelaki itu ditahan berikutan kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan, seramai 59 pengemis profession ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya juga, seorang daripada mereka ditahan bersama wang lebih Dh270,000 hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

"Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Faisal lagi, kempen itu akan diteruskan lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu. - Siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.