MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 April 2016

Resepi Burrito yang sangat simple.

Ni antara kegemaran lea dan suami. Sentiasa ada stok tortilla kat rumah. Macam best je resepi ni. Dapat dari perkongsian di Facebook. Harus disimpan untuk rujukan akan datang.

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

(*)3-4 keping tortila
(*)2-3 biji kentang | direbus dan dipotong dadu
(*)1 batang sosej lada hitam | dipotong dadu
(*)2-3 biji telur
(*)3 sudu besar mentega
(*)½ cawan pico de gallo
(*)½ cawan keju mozarela atau parmesan | disagat
(*)1 sudu teh serbuk paprika atau herba pilihan
(*)Garam secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Tumis daging sosej bersama kentang dan masukkan serbuk paprika bersama garam secukupnya. Masak sehingga kentang bertukar keperangan. Ketepikan.

(*)2.    Kemudian goreng hancur telur bersama sedikit mentega.

(*)3.    Sapukan mentega pada kulit tortila dan panaskan di atas kuali.

(*)4.    Ambil inti kentang dan susunkan bersama pico de gallo, keju dan telur hancur tadi di atas tortila.

(*)5.    Kemudian bakar seketika burrito anda di dalam microwave selama 2-3 minit atau boleh dipanggang tanpa minyak atas kuali.

*Inti boleh dipelbagaikan lagi mengikut citarasa anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.