MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 21 April 2016

Praktik 5 Cara Ini Jika Ingin Jadi Ibu Bijak Berbelanja

Perbelanjaan menguruskan bayi ada kalanya melebihi perbelanjaan ibu bapa sendiri. Hingga ada ibu bapa terutama yang baru menimang cahaya mata pertama gagal mengatur perbelanjaan dengan baik.

Meskipun kehadiran anak dianggap prioriti dalam sesebuah keluarga namun perancangan yang tidak teratur boleh mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Ikuti tip berikut sebagai idea perbelanjaan berhemat.

1. Potongan Gaji
Peruntukan 10 peratus daripada gaji anda boleh digunakan untuk membeli keperluan bayi. Pastikan jumlah yang sama diperuntukkan setiap bulan untuk mereka. Lebihan perbelanjaan tersebut boleh disimpan untuk perbelanjaan akan datang.

2. Jualan Murah
Kebanyakan ibu bapa gemar membeli peralatan bayi dan barangan bayi setiap kali ada jualan murah. Tawaran tersebut boleh membuatkan anda rambang mata hingga terdorong berbelanja lebih.
Lebih baik anda kenal pasti apa yang sepatutnya dibeli ketika musim jualan dan sebaliknya. Buat senarai barang yang hendak dibeli lebih baik berbanding membeli tanpa sebarang panduan. Ia dapat menjimatkan banyak wang anda.

3. Yang Perlu
Sebagai pengguna yang bijak, beli barang yang perlu sahaja untuk anak anda. Lagipun, bayi tidak dapat membezakan sama ada barang tersebut murah atau mahal. Pastikan barangan yang dibeli perlu untuk bayi. Paling asas, pastikan peruntukan untuk pakaian, makanan dan perubatan sentiasa ada.

4. Rancang Perbelanjaan
Perbelanjaan untuk menyambut bayi sepatutnya dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan. Misalnya beli katil bayi dan kemudian secara beransur-ansur anda boleh beli peralatan yang lain. Jangan terpengaruh dengan corak dan rekaan barangan bayi jika ia tidak penting. Takut nanti bila anak lahir anda langsung tidak menggunakan barangan tersebut. Akhirnya jadi membazir sahaja.

5. Pakaian Bayi
Ramai ibu bapa terlalu seronok menanti kehadiran bayi baru sehingga menghabiskan banyak wang untuk membeli pakaian bayi. Perlu diingat, bayi anda akan terus membesar maka tidak ada gunanya anda berbelanja terlalu banyak untuk pakaian.
Dalam masa beberapa bulan sahaja anda dapat melihat betapa pantasnya si kecil membesar. Beli pakaian yang longgar atau besar supaya anda tidak perlu berbelanja terlalu kerap untuk pakaian bayi. Begitu juga selepas bayi lahir, jangan ghairah membeli banyak pakaian bayi hingga akhirnya ada yang tak sempat dipakai kerana faktor saiz, cuaca dan sebagainya lagi. Itu tak masuk lagi koleksi hadiah pakaian daripada ahli keluarga dan kawan-kawan.
Jadilah ibu yang bijak bukan hanya dalam aspek mendidik anak-anak tetapi juga dari segi mengendalikan kewangan keluarga.

Sumber : Pa & Ma

1 ulasan:

  1. Nasiblah dah tak beranak lagi so tak payahlah beriya nak baca.... Lea kena paham ni tau...manalah tau dlm masa terdekat Adli nak dpt adik ke kann

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.