MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 9 April 2016

Perkampungan orang kerdil

Sebuah perkampungan di Yangsi, China, yang dihuni 80 penduduk mempunyai penghuni kerdil seramai 36 orang sehingga dipanggil 'Perkampungan Kerdil'.


Perkampungan Kerdil

Penduduk paling tinggi pun hanya 90 cm dan yang paling pendek adalah 60 cm.

Jumlah tersebut dianggap terlalu tinggi untuk disebut sebagai kebetulan, namun belum ada saintis yang dapat memastikan penyebabnya.

Menurut orang tua-tua kampung, kegembiraan mereka telah hancur sejak lama dahulu, apabila penyakit jahat melanda rantau ini.

Perkampungan Kerdil [2]

Beberapa orang penduduk tempatan mengalami keadaan misteri yang berlaku terutamanya kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7 tahun.

Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berhenti membesar, berada pada ketinggian yang sama sepanjang hayat mereka.

Selain ketidakupayaan mereka menjadi lebih tinggi, beberapa mangsa juga menderita dalam kecacatan.

Perkampungan Kerdil [3]

Para saintis dan pakar telah melawat Yangsi untuk mengkaji air, tanah dan makanan disitu.

Mereka juga mengkaji individu yang terlibat dengan harapan untuk mengumpul beberapa petunjuk.

Perkampungan Kerdil [4]

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menentukan sama sekali punca disebalik keadaan itu.

Ia kekal sebagai misteri sehingga hari ini
Sumber: Malay Report

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.