MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 April 2016

Pagi-pagi dah makan ala-ala western ....

Assalammualaikum.

Salam Jumaat…

Dah 1 April hari ni kan. Sekejapnya masa berlalu. Hari ni jam 4.45 pagi dah bangun dah. Nak kena buat spaggeti sebab budak kecik kat rumah ni request spaggeti untuk bekal. Abahnya pulak kurang gemar spaggeti jadinya umie buat fish and chips. Kebetulan barang ada di rumah.

Alhamdulillah jam 5.45 settle semua. Mandi, solat subuh jam 6.30 dah jalan pergi kerja. Alhamdulillah jalan pun lengang je. Jam 7.01 dah thumbprint dah, tu pun duduk dalam kereta dekat nak 10 minit. Layan lagu lama-lama pagi2.


Macam mana hari kawan-kawan hari ni? Harap berjalan lancar seperti yang dirancang ye.

Bersusun menunggu tuan masing-masing

Fish and Chips. Kalau makan dekat kedai mahu kena belasan ringgit.

Dekat kedai paling murah pun 10 ringgit kot. Boleh buat ikut anak tekak sendiri

Alalalala...Anak buah maklong sorang ni. Makin bam-bam. Makin comel. Tak sabar maklong nak balik Kuching hujung bulan 4 ni. Nak gomol-gomol sofia puas-puas. Hahahaha. Sukahati je nak gomol anak orang ye.

Ini pulak budak yang suka sangat tidur lewat kalau tak kena marah memang tak tidur dan budak ni jugak yang snagat-sangat liat nak bangun tidur sekarang. Ni sebenarnya dah bangun dah basuh muka. Boleh baring tidur balik. Pagi-pagi Adli punya ragam tak nak turun tangga sendiri. Nak dukung. Kalau ringan takpe Adli. Ni...rasa nak patah pinggang umie tau.


3 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.