MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 4 April 2016

Lokas Makana dan Orang Diet Katanya

Assalammualaikum semua.

Dihari baru dan di minggu baru kita ye.

Minggu lepas suami ajak kuar makan. Lea kalau tak plan memang tak tahulah nak makan dekat mana. Jadi pusing punya pusing dekat kawasan Puchong singgahlah di Lokas Makana. Tempat makan ni dah kira lama juga dah tapi ni kali kedua lea maka dekat mana. Dah duduk tak tahu nak makan apa pulak. Akhirnya Adli yang bersuara. Adli nak sate abah. Ok..Kita order sate. Umie lak order tauhu bakar. Rasanya…oklah. Boleh diterima anak tekak. Adli pulak memang minat sate dia sorang entah berapa cucuk entah.




  

Ni antara menu untuk suami saya yang katanya tengah diet sekarang. Diet tak makan nasi jelah. Bila suami diet jadi susah rasanya nak masak. Yelah dulu senang je masak. Masak sambal, masak lemak. Ni pulak memang no santanlah kan. Tu yang kadang-kadang asyik dok ulang menu yang sama je. Takpelah. Janji suami I suka. Sapa tak saying laki oi…

Salmon le agrill je. Letak sekali pak choy, bawang dan carrot.

Dada ayam grill campur sekali carrot, lobak putih, bawang dan cendawan

Meatball ala-ala Ikea. Letak je pakchoy dan carrot



1 ulasan:

  1. Unik sungguh nama medan selera tu, Lea. Confirmedlah saya memang tak pernah sampai lagi.

    Ahah, bab suami diet ni memang kitalah yang stress dok fikir nak masak apa. Kena fikir menu untuk tiga orang berbeza. Kita si tukang masak ni, apa-apa baki pun boleh kasi licin.

    Salmon nampak sedap pulak. Tetiba teringat kat pakcik Salmon ...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.