MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 16 April 2016

Lahirkan kembar 5

Oleh Aimi Nordin. Sumber IG @amiehley

Ramai yang ingin miliki anak kembar. Tapi tak semua merasainya. Ramai juga yang inginkan sekian jumlah anak tapi belum pasti ditunaikan.
 
Bertuah buat seorang wanita Indonesia Lely Solihati, 32, yang sudah memiliki seorang anak perempuan. Beliau dan suaminya menunaikan umrah dan berdoa di hadapan kaabah ingin memiliki 6 orang anak. Betapa Allah ingin memakbulkan doa orang yang berdoa di antara tempat yang mustajab berdoa, sesudah pulang ke tanah air, beliau disahkan mengandung kembar 5.
 
Kelima-lima anaknya lahir dengan selamat melalui pembedahan pada 10 Januari lalu. Paling menarik pasangan suami isteri yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat ini menamakan anak-anak mereka dengan singkatan A, I, U, E, O. 


.  Abbid Muhammad Akbar
 
2. Izzul Syaefuddin Al Akbar
 
3. Uqkail Fahul Akbar
 
4. Ezra Khayru Akbar
 
5. Oxy Abhitya Akbar
 
Kelima-lima bayi comel ini dilahirkan pada jam 12.28 pagi, 12.29 pagi, 12.31 pagi, 12.32 pagi dan 12.33 pagi pada tarikh 10 Januari 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.