MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 7 April 2016

Kenali Tengku Amalin

Tengku Amalin A'ishah Putri Binti Sultan lsmail Petra diputerikan pada 26 Jun 1984. Beliau merupakan puteri tunggal dan bongsu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis. Beliau juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Faris Petra, Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra dan Tengku Temenggung Tengku Fakhry Petra.

engku Puteri mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Zainab 2 di Kota Bahru dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Libanat. Beliau meneruskan minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa di dalam bidang undang-undang.

Setelah tamat belajar, beliau menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan spray. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang ahli tabligh kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguatkuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.

Setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, beliau berpindah ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan sekarang memegang jawatan sebagai penolong pendaftar.

Tengku Putri Amalin 'Aishah menikah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Abdul Qawi, anak Pengiran Mohammed Bolkiah di Brunei.


Tengku Amalin dikurniakan cahaya mata seorang puteri Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah yang dilahirkan pada 24 April 2014.






2 ulasan:

  1. Pernah baca pasai puteri raja ni..
    Alhamdulillah..dh ada baby rupanya..

    BalasPadam
  2. putri yg cantik makna nya skrg ni mmg dh tinggal kt brunei kan
    so far belum pernah trjumpa kt mana2
    yalah kita ni siapa kan nk jumpa org raja2 ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.