MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 15 April 2016

Kenali Dato' Seri Vida




Biodata dan Profile Datuk Seri Vida
Nama Penuh: Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman
Asal: Machang, Kelantan
Umur: 44 Tahun
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.
Kerjaya: Usahawan produk kesihatan dan kosmatik
Nama Suami: Fairuz Ahmad Zainuddin
Nama Anak:
Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10 tahun
Muhammad Eric Zacquan, 8 tahun
Fakta mengenai Datuk Seri Vida
  • Beliau adalah orang yang sangat minat berniaga, malah mula menjual nasi lemak dan kuih muih seawal usia sembilan tahun
  • Beliau pernah bekerja di kilang, menjual pokok bongsai, bekerja di restoran makanan segera dan tidak ketinggalan bekerja sebagai cikgu sekolah selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam
  • Beliau pernah dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa ‘disinari’ kilauan, ‘blink-blink’ dan keterlaluan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.
  • Beliau pernah kehilangan 2 anaknya yang terkorban akibat kebakaran rumahnya pada tahun 2013. Sumber:mStar.
  • Dato Vida juga pernah menjadi ibu tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak secara berseorangan sebelum berkahwin semula.
  • Dato Vida merupakan seorang usahawan dan jutawan wanita dengan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd yang mempunyai ratusan pekerja.
  • Pernah menaja program tv seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL29). Penajaan pada AJL29 mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza pula hampir RM2 juta.
  • Pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan dan mensyaratkan stadium dicat dengan warna pink (merah jambu) dan nama pasukan ditukar dari The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Hebat sungguh skill marketing beliau!
  • Slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu – qu puteh, qu puteh, barulah putih! (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan)
Untuk yang berminat untuk follow Dato Seri Vida. Boleh follow page di bawah:
Instagram Datuk Seri Vida: https://www.instagram.com/datoserivida/
Facebook Datuk Seri Vida: https://www.facebook.com/datoserivida
Sedikit kata-kata motivasi yang dipetik dari akaun IG beliau:
I can’t tell the key of success, but the key to failure is trying to please everyone… Kita punya citarasa yang berbeza, kita punya interest yang berbeza, walau kita sesama manusia… Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain… Selamat pagi semua.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.