MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 4 April 2016

Keluarga Muslim dihalau , syarikat kapal terbang mohon maaf

United Airlines mohon maaf, halau keluarga Muslim
Keluarga Eaman-Amy Shebley.


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lima beranak beragama Islam berang selepas dihalau keluar dari penerbangan dengan alasan mereka 'menimbulkan masalah keselamatan', lapor Yahoo News.

Keluarga Eaman-Amy Saad Shebley merakam kekecewaan mereka dan memuatnaik sebuah video ke laman Facebook yang menarik kecaman orang ramai terhadap syarikat penerbangan United Airlines.

"United Airlines (anda) menjijikkan kerana menghalau kami kerana penampilan dan agama kami," kata Eaman-Amy.

Menurut Eaman-Amy, suami dan tiga orang anak kecil dihalau selepas dia bertanya kepada kru penerbangan mengenai kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.

Video yang dimuatnaik oleh Eaman-Amy bagaimanapun telah dipadam kerana menjadi viral dengan pantas.

Eaman-Amy kemudian memberitahu dia menghubungi khidmat pelanggan United Airlines dan syarikat berkenaan meminta maaf selain menawarkan untuk tiket penerbangan baharu ke Washington.

Selain memberikan alasan tidak munasabah, United Airlines juga mempertahankan tindakannya menghalau keluarga Eaman-Amy dari penerbangan.

"Kami United Airlines sentiasa memberikan perkhidmatan tertinggi dan profesional dan tidak bertoleransi terhadap diskriminasi," kata United Airlines melalui satu kenyataan.

Kredit - Sinar Harian

7 ulasan:

  1. macam2 hal. sekarang nih islam lebih di pantang serong di mata masyarakat bukan islam. huhuhu

    BalasPadam
  2. Sebenarnya mereka yg diskriminasi tu Lea..
    Tanya utk kerusi keselamatan anak pun boleh dihalau..

    BalasPadam
  3. mudah nya.... mmg geng ngn donald trumph tuh kot si airline tuh....

    BalasPadam
  4. haaaa bila dah viral baru tau takutttttttt...hak pengguna tak kisah la agama sekali pun tolong la bertindak adil...ni pilih bulu dia aje...cissssss...mama adli depa mai Malaysia ada kita buat cm tu? Huhhh lg hormat lg adalah...

    BalasPadam
  5. salam perkenalan!

    ini baru betul judging a book by its cover. tak patut betul

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.