MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 6 April 2016

Kek kahwin RM500 tapi.....

Perkongsian dari facebook. 


Ini gambar dari customer saya. Sambil make up dia, dia mengadulah yang sebelum ini, di majlis sebelah perempuan dia ada pesan kek. Lain gambar yang dia hantar, lain pula yang dia dapat.

Sebelum itu, dia ada bertanya pada orang buat kek itu boleh tak buat kek seperti dalam gambar. Orang itu kata, boleh buat. Tetapi tima hantara kek masa dah last minute nak potokg kek, cepat-cepat akak kek ini nak balik. Rupa-rupanya, hasil keknya.. 

"Korang tengok sajalah sendiri," 

Customer suruh buat kek seperti dalam gambar, tetapi dia buat kek tak seperti dalam gambar dan hanya menggunakan renda langsir dan bunga plastik saja? Kek siap nak tumbang! 

Kos buat kek ini, RM500 okay! Ini hasilnya yang pengantin dapat? Ini kes aniaya pengantin dah. Berbaloi tak bayaran RM500 dengan hasil kek macam ini? 

Lebih teruk lagi, akak kek itu cucuk renda langsir itu menggunakan jarum saja. Agak-agaknya ada orang ke nak makan? Tiada seorang pun yang nak sentuh kek itu. Pengantin itu menangis, kasihan dia.

Moralnya, kepada para peniaga, janganlah menganiaya orang dengan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti. Sudahlah aniaya orang di hari bersejarah, kalau tak boleh tunaikan hajat orang, cakap saja tak boleh. Jangan bagi harapan. 

Sila sebarkan agar orang ramai berhati-hati selepas ini. - Yuyuen Othman | PIXEL MEDIA

8 ulasan:

  1. Alahai kesiannya...ikutkan yang akak tu buat tak sampai RM500 pun tu

    BalasPadam
  2. ya Allah kesian nya kann
    lain kali klaau tak pandai ckp je tak reti, iktibar jugak ni utk akak jugak
    jgn sukahati nak terima tempahan kalau tak sure
    mesti malu sngt pengantin tu kat tetamu nya

    BalasPadam
  3. isk tak patut.kesiannya penantin.hukhuk

    BalasPadam
  4. Aduhai .. menganiaya orang macam ni..
    Kesian dia.. dah lah hari yg bersejarah..
    Kek pulak macam tu jadinya :(

    BalasPadam
  5. kalau saya pun menangis dapat kek macam ni..huhu

    BalasPadam
  6. hahahhahahhaha aduyaiii pecah perut baca...tp kan kesian la kt pengantin tu...ada pulak dia deco gitu gilaaaaaaa

    BalasPadam
  7. Sah... pendapatan yg diterima tidak menepati syarak
    Sebab dalam hal muamalat (jual-beli) dia kena akur pada janji
    Bila tak tepati pembeli berhak minta balik duit ganti-rugi
    Nasib baik pengantin perempuan tak buat court case.
    Sedihlah kan kalau kakak pun nangis.

    BalasPadam
  8. teruknya..kesian kat pengantin..knapa la sanggup kalau dh tau tak mampu..kesian kat orang..nasib kek yg akak order untuk besday anak betul2 ikut yg cam kita nak..berbaloi walau mahal pon..hati2 kalau nak menempah..pilih betul2:)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.