Keistimewaan buah delima ialah isi buahnya yang bukan sahaja menarik tetapi sedap untuk dimakan. Tahukah anda bahawa jus delima menghasilkan asid sitrik dan natrium sitrat untuk tujuan farmaseutikal. Ia sebagai persediaan untuk merawat pencernaan yang terganggu dan dianggap bermanfaat bagi penyakit kusta.

Kulit kayu, batang dan akar pula boleh direbus kerana ia mengandungi beberapa alkaloid termasuk isopelletierine yang aktif dan rasa pahit ini mampu mengatasi masalah cacing pita. Sebagaimana tumbuhan bermanfaat lain, andai delima ini diambil secara berlebihan ia akan memudaratkan dan menyebabkan muntah, cirit birit, kabur penglihatan, otot lemah dan lumpuh.

Kandungan tanin yang terdapat pada buah ini membolehkan ekstrak kulit kayu, daun, buah-buahan tidak matang dan kulit buahnya digunakan sebagai astringen untuk menghentikan cirit-birit, dysentery dan pendarahan. Ia juga dikeringkan dan dikisar lumat untuk dijadikan ubat mengubati penyakit bronkitis. Di Mexico pula, bunganya direbus untuk melegakan keradangan mulut dan tekak. Buah delima adalah anugerah yang tidak ternilai manfaatnya dalam kehidupan manusia sejak dahulu hingga kini. Kehadirannya memberi seribu satu nilai dalam pelbagai cangkup kehidupan manusia.

Sumber : Impiana