MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 April 2016

Kebaikan jika tak bersolek

Lea kalau pergi kerja hanya sapu bedak muka dna letak lipstik je. Kalau rajin adalah blusher buat merah pipi. Hahaha. Pipi dah macam pau. Hahaha. Tapi eye liner dengan maskara memang lea tak reti guna. Memang nampak comot. Tapi ada juga kawan yang pergi kerja tanpa ada makeup pun. Putih mulus gebu je muka. Suka tengok.  Oklah. Jumpa ni dekat facebook. Betul ke ye. Kebaikan jika tak makeup.

1. Jimat duit
[-_-]Sudah tentulah anda boleh berjimat. Bukan murah nak beli alat makeup, lagi pula kalau nak cari yang sesuai dengan kulit wajah. Harus pakai duit lebih. Anggaran untuk sebulan bahagian bibir saja pun dah beratus. Jadi mana yang tak bersolek, confirm boleh menabung lebih!

2. Kulit lebih sihat
[-_-]Kulit boleh elak daripada masalah jerawat atau jeragat. Alat makeup pun ada yang mempunyai bahan kimia, jadi jika kulit tidak ditutup dengan bahan solekan, kulit boleh bernafas bebas, bukan?

3.Lebih yakin dengan natural beauty
[-_-]Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, anda rasa alat solek bukan keperluan.

4. Tak kotorkan baju
[-_-]Sakit hati juga kalau tetiba makeup terkena baju. Nak kena cuci pun ada caranya. Tapi kalau tak guna makeup, tak payah nak fikir masalah ini.

5. Boleh terus tidur
[-_-]Tidur anda akan lebih nyenyak saat tak menggunakan makeup. Yelah, anda tak perlu fikir tentang masalah jerawat atau noda hitam yang akan timbul.

6. Solat tanpa perlu cuci muka
[-_-]Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu anda tidak akan banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah.

7. Peluh bukan satu masalah
[-_-]Cuaca panas dan anda pula berpeluh? Masa ni tak perlu nak risau makeup tu cair. Bebas makeup, bebas masalah!

8. Gosok mata sesuka hati
[-_-]Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau anda tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.

9. (*)Terus masuk bilik tidur
[-_-]Kadang dah balik lewat dan penat, anda tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.

10. (*)Mata tak sakit
[-_-]Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Eh, pernah terjadi tau!

11. (*)Tak payah tahan kalau nak menagis
[-_-]Bila-bila masa saja anda boleh menangis, tak perlu nak risau wajah anda bertukar jadi macam badut jika solekan anda bukan kalis air.

12. (*)Gigi bersih tanpa gincu
[-_-]Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin.

13. (*)Tona kulit serata
[-_-]Warna kulit wajah anda akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana anda tak pakai bedak asas yang salah.

14. (*)Rasa yakin dan tidak malu
[-_-]Anda akan lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.