MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 15 April 2016

Karipap laku di China

Penduduk Di China Beratur Berjam-Jam Beli Karipap Milik Rakyat Malaysia

Apr 15, 2016


Oleh Aimi Nordin. Sumber Lipstiq.com

Bangganya bila semakin ramai rakyat Malaysia yang berani mengambil risiko membawa makanan Malaysia ke luar negara. Kalau sebelum ni kita ada Nasi Lemak Paris, kali ini kita ada karipap dari The Mamak Stall di Nanning, China.
 
Gadis berusia 3o tahun, Huang Xin Yi yang berasal dari Johor Bahru sebelum ini bekerja di Singapura selama 3 tahun sebelum memulakan perniagaan makannya di China.
 
Menurutnya minat berniaga telah lama ada sejak di universiti lagi. Jadi, 3 tahun kerjayanya dalam perbankan dia berjaya mengumpul RM 90,000 dan pergi ke China untuk memulakan perniagaan karipapnya.
 
Memilih nama The Mamak Stall, sebagai nama ‘common’ rakyat Malaysia yang suka melepak di mamak, karipapnya hanya dijual sebanyak 100 biji sehari. Ini membuatkan orang sanggup beratur selama berjam-jam supaya tak terlepas peluang untuk merasai karipap istimewa dari Malaysia ini. 

Sumber THR Gegar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.