MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 27 April 2016

Jom makan sate bersama Adli

Assalammualaikum

Apa kabar hari ni.

Adli nak bagi tahu ni. Adli ni suka sangat makan sate. Jadinya minggu lepas abah ada belikan Adli sate. 



Masa abah dan umie ambik Adli, Adli terjumpalah spek hitam abah. Bolehlah Adli pakai. Nampak hensem tak Adli. Hihihi. Abah janji nak belikan untuk Adli tapi takde pun. Ke abah buat-buat lupa takut Adli lagi hensem dari abah.

Nilah sate yang abah beli. Nampak sedap tak? Memang sedap pun.



Ni pulak nasi daging umie beli. Adli tak nak makan sebab rasa sikit daging tu pedas sangat. Tapi ada rasa masam-masam sikit. Umie cakap daging ngan air asam.




Oklah. Adli nak makan sate ni. Hmmmmmm. Sedapnya. Kuah satenya sedap sangat. Pedas-pedas manja je. Itu yang Adli suka.


Achik-achik semua kalau teringin sate bila tengok Adli makan ni silalah beli bila balik kerja ye. Hehehehe.

3 ulasan:

  1. Hahaha... kan auntie dah gelak besar dah Adli
    Tu kuah sate sampai kat dahi apasal?

    Sedap betul dia makan tu Lea. Suka kakak tengok:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu dia tak reti makan kuah sate sekarang dah reti siap minta satu mangkuk untuk dia. Suka sangat makan kak

      Padam
  2. Sampai hati Adli. Ingatkan dia nak pesan, kalau achik-achik nak sate, minta ajelah uminya belikan. Hahaha!

    Bukan main suka Adli makan sate ya boleh tau dari gambar. Penuh merecik kuah sate kat muka. Sungguh-sungguh suka ni, Adli!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.