MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 13 April 2016

Hari Mamak Sedunia

Assalammualaikum semua. Ni cerita minggu lepas. Tak tahu hantu mamak mana dah merasuk kami 3 beranak hari tu.

Dah hari cuti harus ada kemalasan disitu. Dah biasa bangun awal di hari bekerja nak juga bangun lewat di hujung minggu. Ingat lepas Subuh boleh tidur balik tapi tak naknya. Lastnya guling-guling atas katil je. Abah dah kuar jogging. Umie ngan Adli tinggal kat rumah. Jadinya call abah minta belikan tosei. Adli lak abah belikan roti canai.

Tengaharinya pulak, malasnya nak masak. Tak tahu kenapa banyak sangat vitamin M kat lea hari tu. Lastnya abah cakap tak payah masak. Pergi makan kat luar je. Masa dalam kereta, sudah…tak tahu nak makan kat mana. Lastnya Adli yang bersuara mamak jelah abah. Jom..mamak. Mamak lagi. Umie order roti sardine, Adli roti canai dan abah pulak roti bakar,

Bila dah tengahari tak masak, malamnya lagilah malas. Hahaha. Adui….dasyat betul kemalasan lea hari tu. Cakap dengan abah malam ni kita makan kat luar. Tapi tak nak makan kat area Putra Perdana. Nak makan area luar. Takpe umie belanja malam ni. Ok kita keluar lagi ye Adli. Lagi satu masalah tak tahu nak makan kat mana. Dari Putra Perdana ke Puchong Perdana, ke Equine Park, ke Putrajaya dan akhirnya Cyberjaya. Dekat Cyberjaya akhirnya mamak jugak. Aduiyai…apalah kita ni Adli dari pagi sampai ke malam mamak.




Umie ngan abah share order nan cheese dengan ayam tandoori. Adli pulak lagi lucu. Dia siap cakap.Adli taknaklah roti canai. Tak sedap dah abah. Hahaha. Dia nak milo ais. Tapi pekerja kedai bagi dia papadom sebungkus. Habis juga dia makan.


Lepas ni tak nak dah. Teruk betul rasa. Memang tak berasap dapur hari tu. Jadinya lea nak isytiharkan yang hari tu adalah Hari Mamak Sedunia bagi keluarga kecil kami. Akhir kata dari lea.

SELAMAT HARI MAMAK SEDUNIA

8 ulasan:

  1. Sehari dengan mamak sedap jugak kea..janji tak payah masak.hahaha..nan cheese ayam tandoori sedapnya!

    BalasPadam
  2. betul..mood memasak ni bkn boleh dipaksa2..kalau masak dlm keadaan malas,terpaksa..sure tak sedap...

    BalasPadam
  3. rindu nak makan roti canai cheese...:)

    BalasPadam
  4. Hihi... dah terjebak makan kat mamak dari pagi sampai ke malam ye Lea.
    Tapi tengok Adli makan tu yg syok betul. Selera sangat-sangat sampai kita tengok pun tergoda sama. Nampak sedapnyaaa:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. dah malam baru teringat kak pagi sampai ke malam mamak

      Padam
  5. nampk selera betul bdak kecik tu makan ye.. hikhik

    BalasPadam
  6. Hahahaha
    Kelakar lea..
    Aah betul ada masanya jgn kata lea, ina pun sama..
    Mst ada hari mamak sedunia jgk.. ;,)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.