MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 20 April 2016

Hapuskan kutu rambut dan telurnya


(*)Mungkin bagi mereka yang mempunyai masalah kutu rambut, ia amat menyeksakan hidup. Kepala terasa tidak selesa sama sekali sehinggakan pergi ke mana saja akan tetap menggaru kepala. Buruk dipandang tetapi itulah yang dapat melegakan kegatalan yang dirasa.

(*)Jangkitan kutu rambut sering berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Tetapi orang dewasa pun boleh terkena serangan kutu rambut.

(*)Bagi mereka yang berhijab pastinya lebih sukar kerana parasit ini lebih mudah membiak di tempat tertutup. Terkepung dengan tudung tatkala rambut masih lembap mengaktifkan lagi pembiakannya. Menggaru kepala biasanya boleh menimbulkan masalah baru iaitu kulit kepala terluka dan akan mengalami iritasi kulit. Lebih teruk apabila wujud kelemumur.

(*)Kutu rambut adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan makan sejumlah kecil darah pada kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal disebabkan muntahan air liur kutu rambut yang terkena pada kulit kepala.

(*)Kekerapan menggaru kulit kepala yang gatal boleh melukakan kulit dan mungkin boleh menyebabkan jangkitan. Secara umumnya, kutu rambut tidak bahaya atau menyebarkan penyakit. Walaupun kutu rambut ini kecil tetapi ia boleh dilihat jika anda teliti membelai helai rambut.



Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kutu Rambut

(*)Telur kutu rambut mengambil masa 7-10 hari untuk menetas.
(*)Telur kutu rambut kecil dan berwarna kuning, kuning pekat atau perang sebelum ia menetas.
(*)Anak kutu rambut yang menetas berwarna jernih dan akan berada pada akar rambut, iaitu dekat permukaan kulit. Ini berikutan suhu di kawasan itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
(*)Kutu rambut berupaya menghisap darah antara empat hingga enam jam sekali.
(*)Disebabkan warnanya yang jernih, sekali imbas, anak kutu rambut kelihatan seperti kelemumur.
(*)Seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari.
(*)Jangka hayat kutu rambut dewasa adalah kira-kira 3 – 4 minggu.
(*)Kutu rambut dewasa memiliki enam kaki, tidak bersayap dan berukuran dua hingga empat milimeter panjang dan berwarna perang gelap, tetapi akan berwarna lebih gelap pada rambut yang hitam.
(*)Dalam tempoh itu kutu rambut betina boleh bertelur antara 3 hingga 10 telur setiap hari. Ada juga kutu rambut betina yang boleh bertelur sehingga 5,000 biji telur sepanjang hidupnya.

(*)Kutu rambut boleh merebak dengan cepat daripada seorang ke seorang yang lain terutama dalam kumpulan (kawan sekolah atau rakan di nurseri.) Walaupun tidak boleh terbang atau melompat, ia memiliki penyepit yang membolehkannya merayap ke kawasan berambut yang lain. Ia merebak melalui (head to head contact) dan begitu juga berkongsi pakaian, sikat, cadar dan topi.

(*)Kutu rambut lebih suka berada pada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia lebih gemar berada di celah-celah rambut panjang berbanding rambut pendek. Justeru, lazimnya kutu rambut lebih suka rambut kanak-kanak perempuan.



(*)Biarpun begitu, kanak-kanak lelaki juga boleh menghadapi masalah kutu rambut kerana kutu rambut adalah masalah kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 12 tahun.

Apakah tanda-tanda jangkitan kutu rambut ?

(*)Gatal kulit kepala.
(*)Terasa seperti ada benda merayap di kulit kepala.
(*)Rasa tidak selesa.
(*)Kulit kepala terasa panas.
(*)Sering menggaru kepala, meragam (terutamanya kanak-kanak).
(*)Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Tanda-tanda bengkak terlihat di belakang telinga.
(*)Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia nampak bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan.
(*)Sebenarnya apakah penyebab kutu rambut itu membiak? Salah satu faktor terbesar adalah sikap malas merawat rambut selain berjangkit daripada orang lain. Kutu rambut menyukai rambut yang kotor selain seseorang itu mempunyai ‘hygiene’ yang kurang bersih.

Kutu rambut mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui:

(*)Sikat
(*)Perhiasan rambut
(*)Tuala
(*)Topi
(*)Tudung kepala


Bagaimana merawat jangkitan kutu rambut ?

(*)Gunakan syampu anti-kutu untuk membunuh kutu rambut dan (mungkin) telur kutu rambut.
(*)Selepas itu gunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu rambut dan telur kutu rambut.
(*)Periksa rambut setiap hari untuk membuang telur kutu rambut (‘cari dan buang’).
(*)Tukar dan cuci pakaian, cadar, sarung bantal, alat permainan serta sikat yang digunakan semasa jangkitan berlaku menggunakan air panas dan keringkan dalam mesin pengering sekurang – kurangnya 20 minit.
(*)Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot anda (di rumah atau kereta).
(*)Oleh kerana kutu rambut mudah berjangkit dari seorang ke seorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak daripada kutu rambut hadir semula.


Perkara Yang Perlu Anda Ingat:

(*)Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
(*)Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu atau perapi sebelum memletakkan ubat kutu.
(*)Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
(*)Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
(*)Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.

Petua Mengatasi Kutu Rambut Ialah:


Menggunakan bawang merah

(*)Cara pertama yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan bawang merah. Sapu bawang merah yang sudah dihaluskan pada kepala anda, lakukan pula urutan secara perlahan. Sekurang-kurangnya anda memerlukan lima ulas bawang merah. Selepas itu biarkan selama setengah jam lalu bersihkan rambut dengan menggunakan syampu.


Limau nipis dan minyak kayu putih

(*)Langkah pertama iaitu campurkan air perahan jeruk nipis dengan empat sudu makan minyak kayu putih. Selepas kedua bahan tersebut digaul rata kemudian sapukan pada kulit kepala serta rambut. Biarkan selama dua  jam, dan kemudian cuci dengan syampu agar rambut bersih.


Minyak Kelapa

(*)Sapukan minyak kelapa secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda, selepas itu tutuplah rambut anda menggunakan ‘shower-cap’ atau plastik topi mandi. Biarkan selama enam jam selepas itu baru menggunakan syampu seperti biasa.



Cuka Putih

(*)Telur kutu rambut dapat dilepaskan dengan mudah menggunakan cuka putih. Selain itu bahan semula jadi yang satu ini juga mampu menggagalkan penetasan. Cara menggunakannya ialah menyapukan cuka putih secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda. Selepas itu biarkan selama dua jam dan cuci rambut dengan menggunakan syampu.


Sikat bergigi rapat atau sikat kutu

(*)Sikat ini merupakan salah satu alat yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan kutu serta telurnya. Anda boleh mendapatkan sikat kutu ini di kedai-kedai peralatan rambut atau aksesori rambut. Namun sebelum dan sesudah menggunakannya pastikan dalam keadaan bersih, jangan sampai ada kutu yang tertinggal di sikat tersebut.


Ubat Yang Boleh Dibeli Dari Farmasi:

(*)Crotamiton
(*)Benzene hexachloride
(*)Malathion

1 ulasan:

  1. Anak SA pernah dapat masalah kutu Kat tadika..memang stress..stress sebab rambut cantik dia terpaksa potong pendek

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.