MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 20 April 2016

Cerita kedai mamak



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata menerusi siasatan yang dibuat, pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur mengaku berlaku kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 bagi pendingin hawa kepada pelanggan.
Beliau berkata pemilik restoran di Bangsar itu mengenakan caj tersebut kepada pelanggan yang menempah bilik makan untuk acara tertentu atau yang inginkan privasi dan caj tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.
"Sesetengah restoran ada caj seperti itu bagi pelanggan yang menempah bilik untuk acara tertentu dan ia tidak menyalahi peraturan jika caj tersebut dimaklumkan kepada pelanggan.
"Cuma dalam kes ini kita tidak dapat pastikan sama ada pelanggan terbabit makan di dalam bilik atau di luar bilik kerana kita tidak dapat berjumpa dengannya," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDKK Ke-44 di Putrajaya hari ini.
Isu tersebut menjadi viral dan dikecam ramai apabila gambar resit yang bertarikh 15 April yang tertera caj RM10 tersebut disebarkan pelanggan di media sosial.
Sementara itu Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata restoran mamak tersebut turut disiasat kerana mengenakan bayaran makanan yang berlainan daripada harga yang tertera pada papan tanda harga.
"Contohnya sup maggie pada menu RM6.50, tetapi pengguna kena bayar RM6.90, harga mi hailam RM6.50, tetapi pelanggan bayar RM7.50," katanya.
Beliau berkata restoran itu boleh disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mengenakan caj lebih tinggi daripada harga yang tertera pada menu atau papan harga.

Sumber : Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Baru-baru ni saya sarapan kat restoran mamak. Masa bayar tu tengok kat slip yang waiter jot down tulis tangan je tu adalah nampak satu harga ni RM9.

    Terbeliak juga mata apa yang RM9 ni. Makannya cuma roti canai biasa, teh tarik, milo ais dan nilah culpritnya ~ maggi goreng bubuh isi ayam. RM9 yerk maggi goreng dengan isi ayam. Terkejut sampai terkedu!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.