MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 12 April 2016

Bila Adli teringin

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap sihat semuanya. Nagi lea alhamdulillah sihat adanya. Hahaha. Macam tulis surat dulu-dulu je.

Ni cerita Sabtu lepas. Keluar dalam jam 11 nak pergi beli barang dapur dan pergi Celcom Cyberjaya nak tukar plan talian telefon. Nak ambil yang First Gold. Bayar RM 80++ sebulan, unlimited call dan dapat 10GB internet. Ok..dah settle. Dalam perjalanan nak beli barang seperti biasa Adli bersuara.

3 beranak yang happy sungguh keluar jalan-jalan. Umie nampak sipi-sipi je tu


Adli  :       Abah kita makan KFC nak? Lama dah tak makan kat
KFC

Umie:       Mana lama. Minggu lepas baru je makan.

Adli  :       Itu lamalah umie. Adli teringin nak makan ayam.

Ayat teringin tu…cair terus abah ok. Umie tak teruja langsung sebab umie dah kenyang makan nasi goreng kat rumah. Jadinya singgahlah KFC Cyberjaya.



Sedap sangatlah tu ye Adli


Memang betul-betul Adli makan.Bukan sekadar teringin di mulut. 1 paha dengan 1 dada dia sorang makan. Adalah balanced dua ketul bawa balik rumah bila petang dia juga yang habiskan campurkan dalam mi goreng. Suka sungguh ayam KFC. Bila umienya goreng ayam dekat rumah, dia mesti cakap sedapnya umie macam KFC. Tapi hari tu umie tak goreng ayam sebab stok haiwan-haiwan sejuk beku dah habis.

9 ulasan:

  1. berbaloi pakai celcom first plan rm80 tu lea...lieya pun tukar plan tu...bil baru 77.50 ...tapi internet berdesup...weekend dpt free gb lagi....

    bagus adli...tak sia2 bawak gi mkn...byk gak die mkn tu....due ketul hah leh mkn .... dah lama lieya tak mkn kfc...teliur lak...

    BalasPadam
  2. sama la ngan aunt nieyl...
    teringin nak makan kfc..

    BalasPadam
  3. Budak-budak kalau nampak KFC atau McD memang macam kena tarik dengan magnet! Anak-anak saya pun dah lama tak pergi makan fastfood katanya. Lamanya tu adalah dalam minggu yang sama ^_^

    BalasPadam
  4. Tapi memang betullah Lea, ayam KFC ni kalau lama tak makan mmg teringin weyh!

    BalasPadam
  5. Kakak rasalah Lea mana ada budak tak suka ayam goreng
    Sampai dlm upin ipin pun salah satu yg sinonim dgnnya ayam goreng juga kan:)

    BalasPadam
  6. sdapnya kfc..blk kena singgah kfc ni..hahha mcm nk tuka celcom 10GB tu gak tp mls plak nk gi celcom centre..hehe

    BalasPadam
  7. aku pulak baru je bawak anak2 makan mekdi...breakfast masa hujung minggu lepas..
    nampak kepsi ni mcm nak bwk anak2 mkn kepsi pulak rasanya...

    BalasPadam
  8. Ayam sentiasa ada di rumah sebab anak bujang ai yang sorang tu suka nau makan ayam.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.