MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 15 April 2016

Berkampung di Sasana Kijang

Assalammualaikum semua.

Salam hari Jumaat.

Hari ni baru masuk pejabat. Sibuk dengan majlis jabatan di Sasana Kijang. Hrai rabu dan khamis berkampung di sana. Pergi sana dengan bas jabatan. Hari raptai pergi tengahari sampai ke petang. Jam 7 lebih baru sampai rumah. Pada hari kejadian semalam kena bertolak seawall 6 pagi untuk mengelak kesesakan di Kuala Lumpur. Jadi tidurnya tak lena. Setiap jam sedar sebab takut terlajak terus. Semalam lepas mandi semalam tidurnya lena sangat-sangat sampai ke pagi.
Dewan makan VIP

Ruang makan peserta

Lea ditugaskan di AJK Makan bagi peserta. Auw….saya suka. Bila selesai peserta makan kita boleh makan dulu. Tak nak jaga VIP punya dewan makan sebab penuh snagat dengan protokolnya. Semalam yang kena makan dulu para pengiring menteri dan bodyguard2nya. Ramai juga. Selesai mereka makan, peserta pulak. Lenguh kaki ni hanya Tuhan yang tahu.

Tuan tanah kedaung dengan teman

Kerabu udangnya.... sedap betul

Petang lari ke cafe sekejap pekena cappucino dengan cookies sebesar tapak tangan yang montel ni tapi rasanya...sedap sangat-sangat. Bungkuskan untuk Adli dua keping. Sekeping RM4.50. Dua keping termasuk GST RM9.55

Dengan teman seperjuangan yang sama-sama sakit kaki semalam 





Bila balik rumah dah lewat, buka pintu je Adli terus datang dan peluk lea. Suami cerita bila dia ambik Adli, Adli siap tanya, umie mana abah? Kenapa umie tak ambik Adli? Tersentuh hati umie tau Adli. Ingat juga kamu dekat umie ye walaupun kamu manja dengan abah.

Post seksi dari Ali.


video
Jom dengar Adli nyanyi

1 ulasan:

  1. Hihi... biar Adli hafalkan lagu itu Lea. Bagus lama-lama dia tahu makna al-fatihah.
    Makan sedap-sedap tetap ingat anak kan Lea:)
    Bungkus bawa dua keping oklah tu.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.