MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 12 April 2016

Bayi disebalik pokok sawit




MIRI, 9 Apr: Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di sebuah kawasan kelapa sawit di sini tidak menyangka bunyi yang didengar olehnya merupakan tangisan seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak.

Setelah mencari, lelaki terbabit akhirnya mengesan tangisan itu datang dari sebuah kotak yang ditempatkan di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri pada kira-kira 1.30 tengahhari Sabut.

Selepas penemuan tersebut, lelaki berusia 32 tahun itu dengan segera membuat laporan polis.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata bayi tersebut dibungkus dengan kain sarung dan kain tuala.

Tiada kecederaan fizikal pada tubuhnya.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,"katanya sebagaimana lapor Bernama. - Siakapkeli.my

3 ulasan:

  1. siannya...nasib takde apa2 jadik kat baby tu...huhu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..
    Allah masih melindungi bayi itu utk dijumpai..
    Dah kerap berita ni kita dengari kan..

    BalasPadam
  3. nsb lah ada org jumpa... kalu tak... mati kene gigit binatang buas ke mati kelaparan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.