MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 26 April 2016

Adli teman umie makan mihun sup sedap

Assalammualaikum semua.

Lama betul umie Adli tak bersiaran. Umie Adli sibuk sikit. Ni cerita minggu lepas. Umie Adli ni kan sebenarnya rajin masak. Tapi tak tahulah semenjak minggu lepas sekejap dia masak sekejap dia tak masak. Hehehe.

Jadinya petang tu selepas umie dan abah ambik Adli , umie bawa pusing-pusing tepi lombong. Adli tahu dah...Mesti umie nak makan mihun sup utara. Meman betul jangkaan Adli. Adli tahu umie suka makan mihun sup dekat sini.

Adli tanya abah boleh tak Adli berenang dalam lombong. Tapi abah tak bagi. Abah cakap Adli kecik lagi.

Adli bukannya cepat berputus asa. Adli masih tetap nak pujuk abah. Tak menjadi juga.

Jadinya Adli pasrah jelah.

Umie ni kan suka ambik gambar Adli masa Adli tak redi lagi. Nampak ketiak Adli tu. Malulah umie...

Sedap umie cakap. Umie suka sangat tambah sambal cili yang pedas itu

Air Adli milo ais dan umie teh o ais. Tapi Adli habiskan air umie. Sedap pulak Adli rasa teh o tu

Ni masa dalam kereta. Umie punya kerjalah ni. Suka ambik gambar Adli. Dah tu ambik gambar dekat. Nasib baik takde jerawat lagi. Fuh...Selamat.

5 ulasan:

  1. Mihun sup utara memang sedap.ada pulak hero j
    handsome teman ummi makan..mau tak selera.hehe

    BalasPadam
  2. Nampak ketiak ke apa kalau Adli comel ajelah umie. Betul kan Adli
    Auntie suka tengok Adli yg tak ready nak posing lagi menarik:)

    BalasPadam
  3. Umie nak makan mee hoon makanlah...yg penting Adli dpt jalan jalan kan... hihi

    BalasPadam
  4. Makan kat mana ni, Lea? Macam tergoda pulak tengok mihun sup utara tu. Lagi pedas lagilah sedap!

    Nasib baik muka Adli suci bersih tanpa noda. Kalau dah berjerawat, tak diberi Adli main snap gambar jarak dekat macam ni ^_^

    BalasPadam
  5. cantiknye bulu mata Adli siap melentik...nyaman nye dapat makan tepi lombong camtu...takde ikan ke dik dalam tu...kikiki

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.