MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 April 2016

Adab di laman sosial

Assalammualaikum semua.

Siapa cakap ketika bersosial di laman sosial, perbuatan dan perilaku kita tidak perlu diberi perhatian?

Sama seperti di dunia realiti, dimana kita perlu menjaga adab dan juga etika.


Yelah, kita di Malaysia ada adab dan sopan. Sama juga di laman sosial. Apa yang kita muat naik, mencerminkan diri kita sendiri.
Ketahui perkara yang anda perlu beri perhatian ketika bersosial di laman sosial media.

MUAT NAIK FOTO

Kini, semua telefon bimbit mempunyai kamera. Apa lagi, sibuklah semuanya nak berselfie. Macam dah jadi trend, semuanya nak muat naik gambar selfie dalam Instagram lah. Tapi perlu la muat naik gambar yang beretika  sahaja. Janganlah anda muat naik gambar 18XS yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Takut-takut nanti tersebar, siapa yang patut dipersalahkan, kalau bukan diri sendiri.

MUAT NAIK STATUS
Hal ini juga harus diberi perhatian. Bukan main letak je status ikut suka. Kalau kamu marah seseorang pun, boleh je muat naik status yang agak sopan. Bukan maki hamun di dalam laman sosial anda. Apa yang anda muat naik, mencerminkan peribadi anda sendiri. Untuk gadis-gadis yang sering berbuat sedemikian, hentikanlah perbuatan tersebut. Tak manis! Nanti, elok-elok ada lelaki yang berkenan dengan anda, tiba-tiba lari tinggalkan anda kerana perangai buruk anda itu.



MAKLUMAT TEPAT
Bagi mereka yang memiliki akuan Facebook atau Twitter, pasti anda sering membaca berita-berita penting yang dimuat naik. Kadang-kadang anda akan kongsikan maklumat tersebut dengan orang lain. Tetapi, tahukah anda mengenai kesahihan berita tersebut? Pastikan anda mengenal pasti kebenaran maklumat tersebut sebelum anda kongsikan dengan orang lain. Takut-takut salah, ramai pula yang menyalahkan anda nanti. Perlu lebih berhati-hati dengan kesemua maklumat tersebut!

PENGGUNAAN HURUF BESAR
Pasti ramai yang terasa! Pasti ramai di antara kamu suka menggunakan huruf besar untuk memuat naik status, lebih-lebih lagi ketika marah. Tapi, anda perlu beri perhatian bahawa, penggunaan huruf besar menegaskan sesuatu maksud tertentu. Kalau betul anda tengah marah, gunakan huruf besar pada perkataan yang perlu sahaja. Bukan pada semua perkataan. Sebab jika ada orang berkelakuan sama seperti anda, mesti anda rasa menyampah. Bukankah lebih baik sekiranya anda bersopan santun di laman sosial? Selain itu, anda akan jauh dari masalah.



1 ulasan:

  1. Jangan pakai hentam keromo aje kan Lea
    Yg membimbangkan menyesal kemudian - tapi dah tak guna dah.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.