MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 19 April 2016

9 Tanda Yang Anda Tidak Akan Jadi Kaya, Selamanya!

Anda kena tahu, 9 tanda ini menunjukkan yang anda tidak akan jadi kaya sampai bila-bila!

1. Anda menyimpan tapi tak ada sumber pendapatan lain

shutupimrich_zps71a53425


Kenapa orang kaya, makin kaya? Jika anda menyimpan duit tetapi tak ada sumber pendapatan lain, sampai bila-bila pun anda tak akan kaya. Dengan duit simpanan tu labur modal untuk menjana pendapatan lain.

2. Anda belum mula melabur

giphy
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja dah kena melabur. Lagi cepat, lagi bagus.

3. Anda terlalu selesa dengan gaji sekarang

tumblr_nqahmxjyYc1uygzt4o1_500
Ramai yang takut untuk bekerja sendiri dan lebih selesa dengan makan gaji. Bukan itu je, ada yang masih selesa dengan sekarang yang hanya cukup-cukup makan je.

4. Anda beli sesuatu yang anda tak mampu

tumblr_inline_mp0ezn8tjF1qz4rgp
Jika anda membeli sesuatu yang jauh dari kemampuan anda, memang anda tidak akan jadi kaya. Sebab apa? Orang kaya hanya mementingkan keuntungan, bukan membeli sesuatu hanya untuk menunjuk.

5. Anda mengejar impian orang lain, diri sendiri entah ke mana!

i-have-no-idea-what-im-doing
Jika anda ingin berjaya, lakukan apa yang anda suka dan bukan mengejar impian orang lain. Sebagai contoh, bila mak ayah suruh jadi doktor, anak kena ikut walaupun tak suka. Akhirnya hidup entah ke mana.

6. Anda tak berani keluar dari ‘gua’

pretty-little-liars-hanna-where-the-hell-am-i
Jika anda inginkan kekayaan, berjaya, dan maju dalam hidup, anda perlu keluar dari zon selesa. Orang kaya dan berjaya tidak takut untuk mencuba sesuatu dan tidak takut untuk gagal.

7. Anda tidak mempunyai matlamat dengan wang anda

money-gifs-zombieland
Duit tidak akan datang dengan mudah dan anda perlu bekerja keras. Jadi anda perlu mempunyai matlamat dan pelan kewangan untuk capai apa yang anda inginkan.

8. Anda berbelanja dulu & simpan kemudian

giphy (1)
Jika anda belanja dan simpan kemudian, ada kemungkinan anda tidak akan menyimpan kerana ‘terbelanja’ duit tersebut. Jadi, simpan dulu kemudian barulah belanja. Baru tak menyesal!

9. Anda terlalu negatif & anggap jadi kaya tu susah

tumblr_mj67sytwow1s5k8dbo1_500
Ramai yang anggap menjadi kaya adalah satu  keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bertuah je. Sikap negatif membuatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila.

1 ulasan:

  1. Memang betul semua yang dikata. Kalau ada salah satu ciri-ciri di atas, memang tak kaya-kayalah jawabnya!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.