MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 14 April 2016

12 PILIHAN RESTORAN THAI YANG PATUT ANDA CUBA!

Kita sebagai masyarakat Malaysia ini sudah sebati dengan masakan yang berasaskan cili dan nikmat rasa kepedasan.
Hidangan Thailand yang selalu menggunakan ramuan daun limau, serai dan cili api sebagai bahan utama dalam masakan sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi apabila lauk-pauk ala Thai itu kemudiannya dihidangkan bersama dengan nasi putih panas, mmm bertambah-tambahlah selera anda!
Pulut Mangga. Foto -vkeong.com
Pulut Mangga. Foto -vkeong.com
Di sini, Wanista nak kongsikan 12 buah restoran hebat menyajikan variasi masakan Thailand yang sedap untuk anda kunjungi dan cuba! Jom intai!
#1 Restoran Makanan Laut Thai De’ Chiengmai
Foto -laura-0407.blogspot.com
Foto -laura-0407.blogspot.com
Restoran yang tersorok di dalam perkampungan orang Melayu kawasan Sungai Buloh ini jika tidak perasan, ia akan kelihatan seperti kediaman banglo mewah milik orang kenamaan mahsyur! Persekitaran yang mendamaikan, ia ibarat sebuah istana yang tersergam indah jauh dari kesibukkan kota. Aroma daun pandan yang ditanam berdekatan bakal menyambut anda sebaik sahaja melangkah masuk ke laman utama restoran.
Foto -myretirementdream.com
Foto -myretirementdream.com
De Chiengmai menyediakan hidangan secara segar, halal dan enak kepada para tetamu yang hadir. Sesuai untuk makan malam bersama keluarga, harga yang dikenakan juga cukup berpatutan dengan kualiti makanan yang disediakan.
Bukan itu sahaja, sesiapa yang berminat juga boleh membuat tempahan ruangan untuk mengadakan majlis resepsi buat pasangan mempelai di sini.
Bubur manisan yang berasaskan santan ala Thai memang terbaik!. Foto -food.malaysiamostwanted.com
Bubur manisan yang berasaskan kuah santan ala Thai memang terbaik!. Foto -food.malaysiamostwanted.com
Alamat: No 95, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, SelangorJalan Kusta Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
No. Tel: 03 – 61401870/03 – 61563225

#2 Gin Ger
Foto -Facebook Yuki Tan
Foto -Facebook Yuki Tan
Terletak di Central Market Kuala Lumpur, selain hidangan yang sedap belaka, restoran ini turut mendapat sambutan yang ramai kerana hiasan dalaman kedai yang sungguh mempersona, dipenuhi elemen ketimuran yang pasti menjadikan ia tempat yang paling menarik untuk merakam foto bersama teman-teman dan keluarga.
Foto -tripadvisor.com
Foto -tripadvisor.com
Alamat: Central Market, Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 – 22737371

#3 BAAN 26
Foto -asiawebdirect.com
Foto -asiawebdirect.com
Terletak di barisan rumah kedai yang menghiasi pesisir jalan Cangkat Bukit Bintang, restorannya sering menjadi tumpuan pelancong asing yang lalu lalang. Perkataan “Baan” itu sendiri pun sebenarnya bermaksud rumah iaitu rumah yang bernombor 26.
Menariknya, di samping anda sedang menikmati hidangan Thailand, anda sebenarnya berpeluang menghirup udara segar sambil ditemani cahaya neon yang menghiasi kota raya Kuala Lumpur di waktu hening kerana restoran ini mengetengahkan konsep terbuka.
Foto -groupon.my
Foto -groupon.my
Alamat: 26 Cangkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
No. Tel: 03 – 21428878


#4 Thai SyokThai Restaurant
Foto -tripadvisor.com
Foto -tripadvisor.com
Makanannya diakui berpatutan dan mempunyai rasa yang sedap. Dekorasi dalaman kedai yang dipenuhi lukisan mural bertemakan gerai jalanan Thailand ini juga sesuai untuk dijadikan tempat bersantai.
Foto -followmetoeatla.blogspot.com
Foto -followmetoeatla.blogspot.com
Alamat: No, 010 Basement Wisma Central Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
No. Tel: 03 – 21818314

#5 Surisit The Thai Kopitiam
Foto -spicysharon.com
Foto -spicysharon.com
Kopitiam ini kelihatan seperti kedai kopi biasa tetapi ternyata sebaik sahaja anda melangkah lebih dalam seraya duduk dan mencuba makanannya, Surisit berjaya menyediakan sebahagian hidangan Thai yang lebih enak dari kebanyakkan restoran Thai mewah yang lain.
Foto -surisit.com.my
Foto -surisit.com.my
Alamat: Lorong Rahim Kajai 13, Taman tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
No. Tel: 03 – 7710 0173

#6 Restaurant Thai Somtam Seafood
Foto -theyumlist.blogspot.com
Kari Hijau. Foto -theyumlist.blogspot.com
Nama pun dah Somtam, mestilah hidangan Somtam ataupun salad betik Thailand yang popular di sini! Ianya juga disediakan secara segar apabila mendapat permintaan daripada pelanggan. Nasi goreng nenas pun sedap juga!
Foto -theyumlist.blogspot.com
Kerabu Mangga. Foto -theyumlist.blogspot.com
Alamat: No, 88, Cangkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 014 – 6376583

#7 Thai Chili’s Restaurant & Bar
Foto -vkeong.com
Foto -vkeong.com
Jika anda mencari-cari restoran Thailand yang sediakan makanan berkhasiat, di sinilah tempatnya.

Foto -vkeong.com
Foto -vkeong.com
Tambahan pula, restoran ini akan mendendangkan halwa telinga yang berupa muzik-muzik menenangkan khas buat hiburan anda. Oh! kakitangan restoran dan pelayan tetamu pun peramah orangnya.
vkeong.com
vkeong.com
Alamat: Jalan Tun HS Lee 131-133, Kuala Lumpur 50000, Malaysia.
No. Tel: 014 – 20220994

#8 The Thai Authority
Foto -en.yelp.my
Foto -en.yelp.my
Terletak di dalam pusat membeli-belah Suria KLCC, restoran ini akan memandu anda ke satu alam yang penuh dengan aura bumi gajah putih itu.
Nikmati sajian Thailand yang banyak menggunakan sayur-sayuran sihat pada harga yang sangat berpatutan.
Yup! Kari dan daging lada hitam di sini memang sering mendapat pujian!
Foto -twitter.com/jingabellbell
Foto -twitter.com/jingabellbell
Alamat: Lot FC15, Signature Food Court, Level 2, Suria KLCC, Kuala Lumpur, 50088, Malaysia.
No. Tel: 03 -21816033

#9 Tamarind Hill Kuala Lumpur By Samadhi
Foto -malaysianflavours.com
Foto -malaysianflavours.com
Jika anda berangan untuk membawa orang teristimewa ke satu acara makan malam romantik, anda boleh hadir ke Tamarind Hill Kuala Lumpur ini.
Suasana malap ditemani cahaya rembulan serta rimbunan pepohon yang tumbuh disekeliling restoran atas bukit ini pasti menggamit memori!
Jika anda ke sini, jangan lupa cuba manisan pulut mangga!
Sesiapa juga bisa membuat tempahan ruang untuk mengadakan acara-acara formal.
Foto -keehuachee.blogspot.com
Foto -keehuachee.blogspot.com
Alamat: Jalan Tun HS Lee 131-133, Kuala Lumpur 50000, Malaysia.
No. Tel: 014 – 20220994

#10 Fish Farm Thai Restaurant
Foto -hungrygowhere.my
Foto -hungrygowhere.my
Apa kata kali ini anda bertukar selera untuk menikmati hidangan Thai yang restorannya terletak dalam kawasan hutan?
Kesemua makanan yang disediakan tidak mengandungi sebarang ramuan yang meragukan dan malah ianya terletak di atas air! Menarik bukan? Bolehlah anda bawa keluarga datang ke sini nanti.
Foto -pureglutton.com
Foto -pureglutton.com
Alamat: KM4 Jalan Ampang, Hulu Langat, ampang, Selangor.
No. Tel: 017 – 2515235 / 019 – 2606493

#11 Mandi-Mandi Kuala Lumpur
Foto -villasamadhi.com.my
Foto -villasamadhi.com.my
Ini lagi satu restoran Thai mewah yang sesuai untuk  makan malam romantis!
Selain makanan Thai, masakan Melayu pun ada disediakan. 
Foto -tripadvisor.com
Foto -tripadvisor.com
Alamat: Jalan 1, Kuala Lumpur 68000, Malaysia
No. Tel: 03 – 342517200

#12 Basil Thai Nudle Bar
Foto -my.openrice.com
Foto -my.openrice.com
Boleh cuba hidangan ayam pandan serta siakap kukus yang enak di sini!
Restoran ini terletak dalam pusat membeli-belah Bangsar Mall.
Foto -
Foto -foodievstheworld.com
Alamat: G10, Ground Floor, Bangsar Village, No. 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, Kuala Lumpur 59100, Malaysia.
No. Tel: 03 – 22878708

Sawadikap dan Selamat Menjamu Selera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.