MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 10 April 2016

10 Pelakon Lelaki Terkaya Di dunia Bagi Tahun 2016

Ramai orang selalu bermimpi untuk menjadi pelakon terkenal dan kaya raya. Ya terdapat banyak pelakon yang berjaya memperolehi banyak pendapatan hasil dari lakonan mereka. Hasil dari kekayaan yang mereka perolehi ramai bertanyakan soalan "siapakah pelakon terkaya di dunia?". Untuk menjawab soalan popular ini, mari kita saksikan senarai 10 pelakon terkaya di dunia bagi tahun 2016.


10. Salman Khan



Salman Khan kini berumur 48 tahun adalah salah satu bintang Bollywood yang terkemuka. Maka tidak hairanlah untuk melihat pelakon ini tersenarai antara pelakon terkaya di dunia. Nilai bersih pendapatan beliau adalah kira-kira $ 200 juta. Salman Khan menjadi orang yang paling berpengaruh di Bollywood. Tidak dinafikan beliau mempunyai peminat yang ramai diserata dunia. 

9. Will Smith


Beliau adalah satu lagi pelakon yang terkaya di dunia. Will Smith kini berumur 45 tahun adalah seorang nama besar di Hollywood dengan banyak kemahiran dan bakat yang besar. Beliau mempunyai nilai bersih pendapatan kira-kira $ 215 juta. Dia menjadi sangat popular menerusi filem-filem beliau, termasuk The Independence Day, I Robot, Bad Boys, Men in Black. Will Smith juga telah menerima 3 Anugerah Grammy untuk filem-filem lakonannya.

8. Leonardo Di Caprio



Leonardo DiCaprio 35 tahun, adalah seorang pelakon yang dikenali ramai orang pada hari ini. Beliau mempunyai nilai bersih bernilai kira-kira $ 215 juta. Beliau mempunyai sebuah rumah Carbon beach yang terletak di Malibu California. Pelakon ini menjadi sangat popular dengan filem yang menakjubkan, Titanic. Filem ini sehingga kini masih lagi popular di seluruh dunia.

7. Sylvester Stallone



Berumur 67 tahun tidak menghalang dia untuk terus berlakon. Sylvester Stallone seorang lagi pelakon yang terkenal menerusi filem-filem beliau, Rambo dan Rocky. Beliau mempunyai nilai bersih pendapatan kira-kira $ 275 juta. Dia juga bekerja sebagai penerbit filem untuk beberapa filem, termasuk  'The Expendables'. Beliau mempunyai rumah agam yang mewah di Beverly Hills, California.

6. Keanu Reeves



Berumur 49 tahun beliau mempunyai nilai bersih pendapatan menjangkau $ 350 juta. Beliau menjadi sangat terkenal kerana peranannya dalam filem Matrix. Filem ini sangat popular pada masa itu. Keanu Reeves dikatakan menerima bayaran lumayan hasil dari filem Matrix Trilogy. Ramai orang masih suka menonton filem ini sehinggalah hari ini. 

5. Tom Hanks


Tom Hanks adalah penulis skrip terkenal, pelakon, penerbit dan pengarah. Kerjaya beliau adalah sangat menarik bagi kebanyakan peminatnya. Tom Hanks menerima banyak anugerah untuk peranannya dalam filem Angels and Demons. Beliau juga terkenal dengan filem-filem lain, termasuk Apollo 13, Da Vinci Code, Catch Me If You Can, Cast Away, You’ve Got Mail dan beberapa filem lain lagi. Baru berusia 57 tahun nilai pendapatan bersih kira-kira $390 juta.

4. Johnny Depp

Pelakon ini sangat terkenal dengan siri filemnya, Pirates of the Caribbean. Filem ini adalah salah satu daripada filem paling berjaya hari ini. Berusia 50 tahun dia mempunyai sebuah syarikat pengeluaran yang dipanggil sebagai Infinitum Nihil. Syarikat ini menghasilkan banyak filem popular pada hari ini. Nilai bersih mencecah $450 juta.

3. Tom Cruise
Beliau adalah seorang pelakon dan penerbit filem jutawan yang sangat terkenal. Beliau terlibat dalam banyak filem termasuk Top Gun, Rain Man, Tropic Thunder, Few Good Men dan beberapa filem besar yang lain. Beliau juga memiliki hartanah yang dipanggil sebagai Beverly Hills Mansion di California. Berusia 51 tahun dan mengumpul pendapatan sebanyak $480 juta.

2. Shahrukh Khan


Pelakon ini dipanggil sebagai Baadshah Bollywood "Raja Bollywood". Beliau mempunyai nilai bersih yang kira-kira $ 600 juta. Baru berusia 48 tahun dia bukan sahaja seorang pelakon Bollywood yang paling kaya dan juga antara pelakon terkaya di dunia. Dia berlakon di lebih daripada 75 filem-filem Hindi dan filem-filem antarabangsa yang lain. Walaupun menjadi orang yang paling kaya di dunia, dia juga aktif dengan aktiviti kemanusiaan. Beliau menyertai program UNESCO untuk membantu kanak-kanak miskin dari seluruh dunia. 

1. Jerry Seinfeld


Selepas dilahirkan di Brooklyn sebagai Jerome Allen Seinfeld, Jerry berpindah dengan ibu bapa dan adik perempuannya untuk hidup di pinggir bandar New York City di Long Island. Menurut IMDb Jerry Seinfeld berkecimpung ke bdang komedi sebaik sahaja tamat pengajian dari Oswego College. Dilahirkan 29 April 1954,  merupakan seorang pelawak Amerika, pelakon dan penulis. Kini Jerry Seinfeld adalah pelakon yang paling kaya di dunia dengan mempunyai kekayaan sekitar $ 820 juta mengalahkan Shahrukh Khan dari Bollywood.

1 ulasan:

  1. Jerry Seinfeld di tangga teratas ke?

    Takpa, takpa, janji Leonardo ada, Keanu ada, Johnny Depp pun ada... Apalah rasanya kalau ada duit juta-juta dalam akaun ya! Seronoknya berangan!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.